Dedikasi buat ibu

Dedikasi buat ibu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dedikasi buat ibu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dedikasi buat ibu
link : Dedikasi buat ibu

Baca juga


Dedikasi buat ibu

Tiada jalan pintas untuk berjaya dan jangan cepat putus asa walaupun perlu berkali-kali perlu mencuba.

Dua tahun berusaha membina kerjaya sebagai penyanyi, nyata tidak mudah buat Mohamad Sahimi Ibrahim, 30.

Bakat baru bernaung di bawah Cloudworks Record ini pernah muncul dengan single pertamanya, Melang­kah pada 2016.

Walaupun single itu ciptaan komposer terkenal dari Indonesia, Panji Sakti, ia kurang membantu Sahimi memahat nama.

Akur laluannya tidak mudah, tahun ini Sahimi mencari ruang dengan mempertaruhkan single Nafas.

Karya penyanyi dan komposer Hazami ini diakui amat bermakna dalam diri Sahimi.

Pemuda kelahiran Melaka ini memberitahu single keduanya, Nafas dituju khas buat arwah ibu, Allahyarham Misiom Jaapar, 64.

“Arwah sangat memahami minat saya yang mendalam terhadap nyanyian dan sentiasa menyokong.

“Suatu hari, arwah pernah meluahkan kepada saya bila hendak nya­nyikan satu lagu istimewa kepadanya. Ketika itu saya tidak pernah terfikir itu mungkin permintaan terakhir ibu. Syukur, impian arwah dapat ditunaikan.

“Sebaik mendapatkan lagu ini daripada Hazami, saya terus memberi ibu mendengarnya dan dia (arwah) kelihatan ceria,” katanya.

Pemergian ibunya akibat barah pada Syawal tahun lalu cukup meninggalkan kesan.

“Hingga kini, banyak kenangan bersama arwah ibu masih segar di ingatan. Oleh itu, single Nafas ini sangat bermakna buat saya.

“Semoga percubaan kali kedua untuk kete­ngahkan bakat nyanyian saya diterima baik pendengar muzik tanah air.

“Besar harapan saya single Nafas ini mendapat peluang berku­mandang di radio dan mendapat sambutan,” katanya.

Sedar dia kurang pakej, Sahami berkata, soal itu tidak boleh dijadikan alasan utama.

Katanya, selagi ada ruang dia perlu berusaha.

“Saya mengharapkan Nafas akan membawa sinar lebih menyerlah dalam karier nyanyian diceburi ini.

“Beri saya peluang kerana lagu ini sangat istimewa untuk dituju kepada semua insan tersayang,” katanya.

Bergenre pop rock, Sahimi berkata, dia juga mengharapkan Nafas mendapat peluang dipilih menjadi lagu tema untuk drama TV.

The post Dedikasi buat ibu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dedikasi buat ibu

Sekianlah artikel Dedikasi buat ibu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dedikasi buat ibu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/dedikasi-buat-ibu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :