The Titans Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan

The Titans Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul The Titans Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : The Titans Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan
link : The Titans Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan

Baca juga


The Titans Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan

KUALA TERENGGANU – The Titans melepasi episod kesukaran mereka dalam usaha memungut mata kemenangan walaupun terpaksa berdepan pelbagai tekanan pada awal permainan.

Pengendalinya Rahmad Darmawan berkata selepas pasukan lawan, Kelantan menjaringkan satu gol, pemainnya seolah-olah hilang punca dan tahap keyakinan semakin merundum.

Berikutan itu, beliau terpaksa membuat penggantian pemain bagi menghasilkan serangan yang lebih baik dan segera mengatasi kelemahan itu.

“Saya akui pada awal pertemuan itu, corak permainan agak perlahan dan tekanan lebih terasa selepas pemain import kita Mahamadou Samassa mengalami kecederaan semasa 15 minit perlawanan..keadaan lebih tertekan selepas Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol.

“Ini bukan satu situasi yang mudah bila keyakinan pemain pula makin berkurangan dan bukan mudah untuk kembalikan tahap keyakinan itu,” katanya selepas tamat perlawanan, di sini, malam tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah T-Team mengumpul tiga mata penuh selepas menundukkan Kelantan 3-1.

Pasukan pelawat memperoleh gol awal pada minit ke-63 menerusi Mohd Khairul Izuan Rosli sebelum Dilshod Sharofetdinov menyamakan kedudukan di minit ke-79 dan Muhammad Fauzi Abdul Kadar dan Joseph Yannick Ndjeng menambah jaringan dalam minit ke-84 dan 86.

Rahmad berkata bukan mudah untuk menyuntik semangat pemain selepas dua kali mencatatkan kekalahan dan satu seri.

“Saya berpuas hati dengan motivasi yang ditunjukkan pemain namun kurang berpuas hati dengan corak persembahan malam ini.

Walaupun banyak peluang yang kita peroleh, namun kita gagal memanfaatkan peluang terhidang..kita tidak kisah siapa yang menjaringkan gol…janji kita menang,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel The Titans Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan

Sekianlah artikel The Titans Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel The Titans Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/the-titans-lepasi-saat-sukar-berdepan_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :