Judul : SPRM Masih Siasat Kes Ah Long Rasuah Polis
link : SPRM Masih Siasat Kes Ah Long Rasuah Polis
SPRM Masih Siasat Kes Ah Long Rasuah Polis
ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan pihaknya menutup siasatan terhadap kes cubaan dua ‘ah long’ merasuah dua anggota polis berpangkat koperal.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata siasatan terhadap kedua-dua ah long yang berumur 26 dan 25 tahun itu masih berjalan walaupun telah dibebaskan atas jaminan.
“Kita (SPRM) masih menjalankan siasatan terhadap kedua-dua ah long, begitu juga dengan kedua-dua anggota polis berusia 34 dan 37 tahun itu.
“Butir-butir kes masih belum lengkap, jadi ia masih dalam siasatan. SPRM akan menjalankan siasatan sekiranya menerima maklumat dan kita tidak akan melindungi sesiapa sama ada penjawat awam atau orang awam,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka SPRM Kedah di sini, hari ini.
Pada 4 Julai lalu, kedua-dua anggota polis itu ditahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah berjumlah RM10,000 daripada kedua-dua ah long yang ditahan di Aman Jaya Mall, Sungai Petani pada 11 April kerana disyaki melakukan kegiatan pinjaman wang haram.
Ah long berkenaan kemudiannya menawarkan suapan berjumlah RM1,290 kepada kedua-dua anggota polis itu agar mereka dilepaskan tetapi ditolak dan suspek ditahan sebelum diserahkan ke pejabat SPRM di Sungai Petani, bersama-sama dengan wang tunai sebagai bukti.
Namun, seorang daripada ah long berkenaan telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa anggota polis tersebut meminta RM10,000 daripada mereka.
Sementara itu, Mohd Fauzi berkata sejak Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) dilancarkan dua bulan lalu, impaknya masih belum dapat diketahui kerana ia masih baharu.
“Sepanjang GERAH dilancarkan, 34 tangkapan melibatkan penjawat awam dan orang awam telah dibuat,” katanya.
Pada 8 Mei lalu, SPRM telah melancarkan GERAH di seluruh negara sebagai pemangkin dan tunjang perjuangan SPRM bersama rakyat memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
– BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel SPRM Masih Siasat Kes Ah Long Rasuah Polis
Anda sekarang membaca artikel SPRM Masih Siasat Kes Ah Long Rasuah Polis dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/sprm-masih-siasat-kes-ah-long-rasuah.html