Judul : Ramai Yang Tidak Tahu Gelaran Adik Beradik Yang Betul. Rasa Betul Panggilan Gelaran Korang? Sila Share Supaya Tidak Hilang Dek Zaman
link : Ramai Yang Tidak Tahu Gelaran Adik Beradik Yang Betul. Rasa Betul Panggilan Gelaran Korang? Sila Share Supaya Tidak Hilang Dek Zaman
Ramai Yang Tidak Tahu Gelaran Adik Beradik Yang Betul. Rasa Betul Panggilan Gelaran Korang? Sila Share Supaya Tidak Hilang Dek Zaman
Ramai tidak tahu akan gelaran sebenar adik beradik. Info ini dikongsikan daripada Power Viral yang boleh kita kongsikan kepada rakan-rakan kita juga keluarga supaya ia tidak hilang dek zaman.
Gambar hiasan
Gelaran Biasa Kita Guna,
anak pertama : along
anak kedua : angah
anak ketiga : alang
anak keempat : atih
anak kelima : andak
anak keenam : uda
anak ketujuh : tam
anak kelapan : acik
anak kesembilan : anjang
anak kesepuluh : usu
Gelaran Adik Beradik Yang Betul
Tapi kalau mengikut kamus dewan edisi keempat, gelaran adik beradik yang betul adalah macam kat bawah ni:
1. anak sulung : anak yg pertama (tertua);
2. anak ngah : anak yg kedua
3. alang: nama timang-timangan bagi anak yg ketiga
4. utih* : 1. Ph panggilan utk anak yg keempat; 2. Pr nama timang-timangan utk anak yg keenam.
5. anak panjang : anak yg kelima;
6. anak putih : anak yg keenam
7. anak hitam : anak yg ketujuh
8. anak muda : a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan
[kamus dewan edisi keempat]
kesimpulan yg boleh aku buat berdasarkan definisi dari kamus dewan tu:
anak pertama : anak sulung – along – paklong/maklong
anak kedua : anak ngah – angah – pakngah/makngah
anak ketiga : alang – paklang/maklang
anak keempat : utih – paktih/maktih (Pahang)*
anak kelima : anak panjang – anjang – pak anjang/mak anjang
anak keenam : anak putih – utih – paktih/maktih (Perak)*
anak ketujuh : anak hitam – tam – paktam/maktam
anak kelapan : anak muda – uda – pak uda/mak uda
(aku take note sebab nanti nak bagi gelaran kat anak dengan betol. hehehe)
Gelaran Adik Beradik Loghat Utara
tapi kalau mengikut loghat negeri, mungkin akan ada istilah yang lain. sebagai contoh, di bahagian utara untuk anak pertama sahaja dah ada macam-macam gelaran. contohnya:
cha’ (cha-alif-ain) – pak cha’/mak cha’
wa – pakwa/makwa —————————————- (ni gelaran untuk aku)
long (along) – paklong/maklong
hmm.. macam-macam kan?
ada lagi tak gelaran adik beradik yang korang boleh kongsikan?
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ramai Yang Tidak Tahu Gelaran Adik Beradik Yang Betul. Rasa Betul Panggilan Gelaran Korang? Sila Share Supaya Tidak Hilang Dek Zaman
Anda sekarang membaca artikel Ramai Yang Tidak Tahu Gelaran Adik Beradik Yang Betul. Rasa Betul Panggilan Gelaran Korang? Sila Share Supaya Tidak Hilang Dek Zaman dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/ramai-yang-tidak-tahu-gelaran-adik.html