Judul : Farid Kamil ditegur buat sidang media
link : Farid Kamil ditegur buat sidang media
Farid Kamil ditegur buat sidang media
PENGARAH dan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil diberi peringatan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
Majistret, Nor Ariffin Hisham berkata, sebarang perkara boleh dirujuk kepada mahkamah untuk dipertimbangkan.
“Mahkamah ingin beri peringatan kepada tertuduh kerana kes telah dituduh,” katanya.
Justeru beliau berkata, pihak- pihak berkenaan perlu mengelak daripada mengeluarkan komen ataupun kenyataan berkaitan.
“Apa yang dinyatakan dalam kenyataan itu secara atau tidak langsung ada kaitan.
“Peguam boleh teliti balik,” katanya.
Sementara itu, peguam, Faizul Mohd Nasir berkata, kenyataan yang dibuat semasa sidang media itu tidak subjudis.
“Bagaimanapun, saya berterima kasih atas teguran tersebut,” katanya.1.805259
Pelakon drama Lafazkan Cintamu pada 28 Februari lalu mengadakan sidang media di Shah Alam.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik berkata, prosiding hari ini adalah untuk sebutan serahan dokumen.
Mahkamah menetapkan 7 Mei depan untuk pengurusan kes.
Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencederakan orang awam, anggota polis, Muhamad Nizam Jamaluddin, 24, dan menghalang anggota berkenaan melakukan tugasnya.
Dia juga mengaku tidak bersalah mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap Muhamad Nizam sehingga mendatangkan kemarahan.
Pada 25 Januari lalu, dia juga mengaku tidak bersalah memasukkan dadah jenis THC (11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid).
The post Farid Kamil ditegur buat sidang media appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Farid Kamil ditegur buat sidang media
Anda sekarang membaca artikel Farid Kamil ditegur buat sidang media dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/03/farid-kamil-ditegur-buat-sidang-media.html