Judul : Bayi berusia 46 hari meninggal dunia
link : Bayi berusia 46 hari meninggal dunia
Bayi berusia 46 hari meninggal dunia
Kematian seorang bayi perempuan berusia 46 hari di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah di sini dipercayai ada unsur meragukan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik ab Hamid berkata, Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus yang dilahirkan pada 30 Disember tahun lepas disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.45 pagi.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal dan imbasan x-ray yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk patah kaki.
Difahamkan terdapat beberapa kesan luka dan lebam lama di badan bayi malang itu.
Nik Ros Azhan berkata, sebelum kejadian bapa mangsa mendapati anak keduanya itu enggan meminum susu sejak malam tadi dan dilihat semakin lemah.
Bimbang melihat keadaan itu, bapa bayi berkenaan bersama isterinya membawa bayi berkenaan ke sebuah klinik swasta di kawasan Sungai Rambai, di sini bagi mendapatkan rawatan.
“Doktor mendapati denyutan jantung bayi berkenaan semakin lemah dan mengarahkan mereka membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Ketika dalam perjalanan ke hospital, bayi itu didapati tidak bergerak dan ibu bapanya berpatah balik ke klinik swasta berkenaan sebelum doktor mengesahkan anak mereka telah meninggal dunia,”katanya ketika dihubungi di sini tadi.
Katanya polis telah mengambil keterangan ibu dan bapa bayi berkenaan sebelum menahan bapa bayi yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat swasta berkenaan bagi membantu siasatan.
“Lelaki berusia 22 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok bagi mendapatkan perintah reman dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Beliau berkata bedah siasat ke atas bayi itu akan dibuat di HSJ esok bagi mengetahui punca sebenar mangsa meninggal dunia.
The post Bayi berusia 46 hari meninggal dunia appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bayi berusia 46 hari meninggal dunia
Anda sekarang membaca artikel Bayi berusia 46 hari meninggal dunia dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/bayi-berusia-46-hari-meninggal-dunia.html