Judul : Ronaldo: Orang Cemburu Dengan Kejayaan Saya
link : Ronaldo: Orang Cemburu Dengan Kejayaan Saya
Ronaldo: Orang Cemburu Dengan Kejayaan Saya
GARA-gara disabitkan tuduhan mengelak membayar cukai jutaan euro, Cristiano Ronaldo menyifatkan ia adalah disebabkan daripada tindakan orang yang tidak menyenangi kejayaan serta kecemerlangan yang diraihnya dalam bidang sukan.
“Apa yang mengganggu orang ialah kecemerlangan saya, serangga hanya menyerang lampu yang bercahaya!” kata penyerang Real Madrid itu memetik kapsyen Bahasa Portugis di laman Instagram miliknya.
BACA: Ronaldo Nafi Palsu Dokumen Cukai Pendapatan
Isnin lalu, Ronaldo menghabiskan masa selama 90 minit bagi menjawab soalan hakim, Monica Gomez, pada pendengaran tertutup di Pozuelo de Alarcon, kawasan kejiranan mewah di Madrid di mana Ronaldo menetap.
Sebaik pendengaran itu, kes ini masih lagi berada dalam siasatan pihak berkaitan.
Jun lalu, Ronaldo telah disabitkan dengan tuduhan cuba mengelak cukai sebanyak 14.7 juta euro (RM74.38 juta).
Wakil Ronaldo pernah mengeluarkan kenyataan di mana Ronaldo menafikan semua pertuduhan tersebut di mana dia sentiasa membayar kembali cukai dan tidak pernah berniat untuk mengelak berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ronaldo: Orang Cemburu Dengan Kejayaan Saya
Anda sekarang membaca artikel Ronaldo: Orang Cemburu Dengan Kejayaan Saya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/ronaldo-orang-cemburu-dengan-kejayaan_2.html