Tarif Elektrik Dikenakan Mengikut Kos Sebenar

Tarif Elektrik Dikenakan Mengikut Kos Sebenar - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tarif Elektrik Dikenakan Mengikut Kos Sebenar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tarif Elektrik Dikenakan Mengikut Kos Sebenar
link : Tarif Elektrik Dikenakan Mengikut Kos Sebenar

Baca juga


Tarif Elektrik Dikenakan Mengikut Kos Sebenar

KUALA LUMPUR – Tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna adalah berdasarkan kos sebenar yang telus dan sistematik, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

Ketua Unit Harga Elektrik, Jabatan Pembangunan dan Kawalselia Pasaran Elektrik ST, Marlinda Mohd Rosli berkata pelarasan tarif elektrik melalui mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) yang dilaksanakan setiap enam bulan turut terbahagi kepada tiga elemen termasuk kos bekalan dan kos perbelanjaan.

“Kos-kos inilah yang kita akan tentukan secara efisien serta telus dan ini akan dilakukan menerusi Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang telah diperkenalkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) bertajuk ‘Pelarasan Rebat Tarif Elektrik’ di saluran TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia yang bersiaran pada 19 Julai lepas.

Menjelaskan selanjutnya, Marlinda berkata kos bekalan terbahagi kepada beberapa aspek antaranya kos bahan api dan kos modal.

“Bila kita tetapkan tarif asas tahun 2014 berasaskan unjuran kos (kita andaikan harga bahan api akan naik) tetapi Alhamdulillah sejak kita mulakan (penetapan tarif) harga arang batu menurun.

“Kecuali tempoh ini sahaja ia (harga arang batu) naik tetapi sepanjang tiga tahun lepas harga bahan api telah turun. Satu lagi bahan api yang kita teliti adalah harga gas asli cecair yang turut menurun,” katanya.

Marlinda berkata, bagi kos perbelanjaan, ianya terdiri daripada kos seperti pembangunan infrastruktur, penghantaran dan pengagihan.

Menurutnya, elemen lain yang turut diterapkan dalam penetapan tarif elektrik adalah standard prestasi oleh syarikat elektrik yang selaras dengan kadar yang dikenakan.

“Objektifnya adalah untuk memastikan tarif elektrik diletakkan pada kadar yang munasabah dan pada masa yang sama kita memberi pulangan yang wajar kepada syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd ataupun Sabah Electricity Sdn Bhd di Sabah,” katanya.

IBR yang diperkenalkan oleh ST pada 2014 adalah bagi menambah baik proses pengenaan tarif kepada pengguna selain membolehkan kerajaan memantau secara berkesan kos pembekalan tenaga elektrik.

Melalui IBR, tarif asas ditetapkan pada setiap tiga tahun dengan mengambil kira semua kos berkaitan penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik bagi membolehkan pelarasan kos bahan api dan penjanaan dibuat setiap enam bulan menggunakan mekanisme ICPT. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tarif Elektrik Dikenakan Mengikut Kos Sebenar

Sekianlah artikel Tarif Elektrik Dikenakan Mengikut Kos Sebenar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tarif Elektrik Dikenakan Mengikut Kos Sebenar dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/tarif-elektrik-dikenakan-mengikut-kos_2.html

Subscribe to receive free email updates: