Judul : Yoona (SNSD) Dedah Pernah Jadi Mangsa Peminat Obses
link : Yoona (SNSD) Dedah Pernah Jadi Mangsa Peminat Obses
Yoona (SNSD) Dedah Pernah Jadi Mangsa Peminat Obses
Tingkah laku peminat yang obses atau lebih popular dengan istilah ‘sasaeng’ sering kali sering kali menimbulkan kerisauan kalangan selebriti di Korea.
Masakan tidak, kerana peminat golongan ini sanggup melakukan apa saja asalkan mereka dapat menarik perhatian atau menghampiri bintang pujaan mereka sehingga ada yang bertindak di luar batasan.
Salah seorang anggota popular Girls Generation juga pernah berdepan pengalaman mengerikan gara-gara sasaeng.
Dalam salah satu acara baru-baru ini, pelakon drama K2 itu mendedahkan pernah ada seorang sasaeng lelaki selalu menganggunya di dorm penginapannya. Mujurlah, Yoona berjaya memujuk dan menyuruh peminat itu supaya beredar.
Bukan itu saja, seseorang peminat pernah cuba untuk seorang lagi anggota iaitu . Lelaki itu dikatakan tiba-tiba meluru naik ke atas pentas dan menarik Tae Yeon untuk dibawa pergi bagiamanapun tindakannya itu berjaya dihalang oleh pengawal peribadi.
Sebelum ini media melaporkan anggota kumpulan Twice, Mina Myoui mendapat ancaman daripada seorang sasaeng yang ingin membunuhnya.
Selain itu, kumpulan A Pink juga pernah mengalami kejadian serupa apabila seorang sasaeng mengancam akan membunuh mereka.
The post Yoona (SNSD) Dedah Pernah Jadi Mangsa Peminat Obses appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Yoona (SNSD) Dedah Pernah Jadi Mangsa Peminat Obses
Anda sekarang membaca artikel Yoona (SNSD) Dedah Pernah Jadi Mangsa Peminat Obses dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/yoona-snsd-dedah-pernah-jadi-mangsa.html