Tua Tak Sedar Diri? Sherrie Sedia Jawab

Tua Tak Sedar Diri? Sherrie Sedia Jawab - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tua Tak Sedar Diri? Sherrie Sedia Jawab, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tua Tak Sedar Diri? Sherrie Sedia Jawab
link : Tua Tak Sedar Diri? Sherrie Sedia Jawab

Baca juga


Tua Tak Sedar Diri? Sherrie Sedia Jawab

PENYANYI lama, Sherrie Al-Junied yang kembali memeriahkan industri seni dengan single Sorang Wanita tidak kisah sekiranya digelar artis tidak sedar diri kerana penampilan dan gaya muzik yang dibawanya.

Sherrie atau nama sebenarnya Sharifah Nor Syed Mohd. AlJunied, 58, berkata, imej muda dan energetik yang cuba ditampilkan adalah dirinya yang sebenar dan dia tidak akan tunduk dengan tohmahan masyarakat.

“Semua orang ada hak untuk bercakap. Biarkan mereka. Saya tahu apa yang saya buat.
“Tidak semua orang akan suka kita, tapi saya akan tetap jadi diri saya,” katanya.

Sherrie kini dalam rangka promosi single Sorang Wanita yang dilancarkan pada 2016.

Menurut Sherrie, dia mahu menyampaikan mesej positif kepada pendengar melalui single itu.
Dia yang juga pengamal pengubatan dalaman (reiki energi healing master) yang bertauliah ingin menyuntik inspirasi kepada orang ramai dan membuktikan usia bukan penghalang untuk membuat apa yang diminati.

“Lagu ini adalah inspirasi kepada orang tua dan muda untuk jadi sihat macam saya.

“Saya juga nak buktikan pada semua orang yang saya boleh lakukan apa yang saya minat walaupun sudah berusia,” ujarnya lagi.

Ketika diajukan soalan mengenai sambutan terhadap lagu tersebut, Sherrie berkata, dia tidak kisah sekiranya sambutan tidak menggalakkan.

Katanya lagi, apa yang penting adalah mesej yang dibawa dalam lagu tersebut berjaya sampai kepada pendengar.

Melalui pertaruhan terbaru itu, dia turut mengeluarkan edisi kedua Sorang Wanita yang menampilkan rap dari Altimet.

Ujar Sherrie, dia gembira dapat bekerjasama dengan penyanyi rap itu.

Dalam pada itu, dia juga sedang mengusahakan dua lagu baru yang dijangka akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

The post Tua Tak Sedar Diri? Sherrie Sedia Jawab appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tua Tak Sedar Diri? Sherrie Sedia Jawab

Sekianlah artikel Tua Tak Sedar Diri? Sherrie Sedia Jawab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tua Tak Sedar Diri? Sherrie Sedia Jawab dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/tua-tak-sedar-diri-sherrie-sedia-jawab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :