Setiap Bulan Ada Tangkapan Kes Rasuah Tapi Masih Ramai Tak Takut Bagi Rasuah

Setiap Bulan Ada Tangkapan Kes Rasuah Tapi Masih Ramai Tak Takut Bagi Rasuah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Setiap Bulan Ada Tangkapan Kes Rasuah Tapi Masih Ramai Tak Takut Bagi Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Setiap Bulan Ada Tangkapan Kes Rasuah Tapi Masih Ramai Tak Takut Bagi Rasuah
link : Setiap Bulan Ada Tangkapan Kes Rasuah Tapi Masih Ramai Tak Takut Bagi Rasuah

Baca juga


Setiap Bulan Ada Tangkapan Kes Rasuah Tapi Masih Ramai Tak Takut Bagi Rasuah

Setiap Bulan Ada Tangkapan Kes Rasuah Tapi Masih Ramai Tak Takut Bagi Rasuah

SPRM terus melakukan penahanan dan pendakwaan secara agresif ke atas mereka yang melakukan perbuatan rasuah. (Gambar: SPRM - Facebook)

Pada 8 Mei lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) bertujuan mencetuskan gelombang perubahan masyarakat untuk membenci dan memandang jijik perbuatan rasuah. 

Seramai 2,000 tenaga kerja SPRM di seluruh negara selaku ejen penggerak GERAH turun padang secara serentak dan berjumpa dengan anggota masyarakat pada Isnin pertama setiap bulan bagi memberi kesedaran kepada mereka. 

Selain itu terdapat pelbagai lagi kempen dilaksanakan SPRM sejak beberapa tahun lalu dalam usaha menyedarkan masyarakat dan pelbagai organisasi dalam negara tentang bahaya rasuah kepada negara. 

STATISTIK TANGKAPAN PESALAH RASUAH 

Pada tahun lalu sebanyak 939 tangkapan rasuah dilakukan SPRM membabitkan kakitangan kerajaan dan orang awam daripada pelbagai peringkat di seluruh negara termasuk di peringkat pengurusan tertinggi, profesional mahupun sokongan. 

Berdasarkan statistik SPRM pada Januari 2016 seramai 105 individu ditahan, Februari (66), Mac (105), April (90), Mei (97), Jun (82), Julai (48), Ogos (81), September (96), Oktober (70), November (62) dan Disember (34). 

Statistik tangkapan rasuah oleh SPRM pada tahun ini juga menunjukkan Januari lalu mencatatkan seramai 58 individu, Februari (102), Mac (104), April (83), Mei (108) dan Jun (49).

Di bawah kepemimpinan Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai ­Ketua Pesuruhjaya, SPRM terus melakukan penahanan dan pendakwaan secara agresif ke atas mereka yang melakukan perbuatan tersebut. 

TAK TAKUT RASUAH? 

Meskipun statistik tangkapan pesalah rasuah dijalankan pada setiap bulan, sehingga hari ini masih ada dalam kalangan masyarakat masih berani terlibat dalam gejala rasuah meskipun menyedari ketegasan pihak berkuasa negara ini dalam menghapuskan gejala tersebut. 

Terbaru, dua pengusaha kebun di Cameron Highlands dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Jenayah 2, Kuantan, Pahang semalam atas empat pertuduhan merasuah pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekitar tahun 2015.

Tertuduh Law Hee Thiam, 38, dan Chan Kok Fong, 40,didakwa memberi rasuah kepada pegawai MKN supaya tidak mengambil tindakan merobohkan kebun yang diusahakan di atas tanah haram. 

Law Hee Thiam dituduh memberi rasuah sebanyak RM15,000 manakala Chan Kok Fong didakwa dengan tiga pertuduhan iaitu memberi rasuah sebanyak RM20,000, menawarkan rasuah RM1,000 dan memberi rasuah sebanyak RM3,000 kepada pegawai MKN.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan media, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.

Hakim menetapkan denda sebanyak RM75,000 dan RM125,000 masing-masing kepada Law Hee Thiam dan Chan Kok Fong serta kedua-dua diarahkan supaya menjalani hukuman penjara selama sehari. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM, Kamariah Seman. Kes itu disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

PUNCA RASUAH

Seorang bekas pegawai kanan SPRM pernah menyatakan beberapa punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam negara iaitu keinginan, tamak dan peluang.

"Sifat tamak, tidak bersyukur malah tidak mengamalkan wasatiyyah menjadikan seseorang itu terdedah kepada melakukan rasuah."

"Keinginan yang melebihi kemampuan serta peluang terbuka menyebabkan seseorang individu itu akhirnya terjerumus melakukan rasuah." kata bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Datuk Seri Mustaffar Ali. 

Segelintir pihak berpandangan kos sara hidup yang tinggi antara punca gejala rasuah. Ironinya banyak kes rasuah berprofail tinggi yang dilaporkan melibatkan mereka yang berpendapatan tinggi dan bergaji besar sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Setiap Bulan Ada Tangkapan Kes Rasuah Tapi Masih Ramai Tak Takut Bagi Rasuah

Sekianlah artikel Setiap Bulan Ada Tangkapan Kes Rasuah Tapi Masih Ramai Tak Takut Bagi Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Setiap Bulan Ada Tangkapan Kes Rasuah Tapi Masih Ramai Tak Takut Bagi Rasuah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/setiap-bulan-ada-tangkapan-kes-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :