Judul : (VIDEO) Seorang Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengaji Selepas Selesai Solat Subuh
link : (VIDEO) Seorang Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengaji Selepas Selesai Solat Subuh
(VIDEO) Seorang Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengaji Selepas Selesai Solat Subuh
Seorang lelaki dipercayai Muazin di Jeddah, Arab Saudi, didapati meninggal dunia ketika sedang mengaji selepas menunaikan solat Subuh di sebuah masjid.
Rakaman video yang memaparkan sewaktu kejadian itu dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang bernama محمد عزيزي dan menurutnya Muazin berkenaan dikenali sebagai Abdul Haq Saeed al-Habibi yang berusia 60 tahun.
Menurut sumber, Abdul Haq pada ketika baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh seperti biasa dan beberapa minit selepas itu beliau kelihatan mengaji di bahagian saf depan dalam masjid berkenaan.
Badannya dikatakan bersandar pada penghadang saf dan beliau kelihatan memejamkan matanya ketika kedudukan duduk bersila. Beberapa jemaah lain yang menyedari sesuatu berlaku terhadapnya apabila beliau langsung tidak bergerak dari tempat duduknya itu.
Sewaktu salah seorang jemaah masjid berkenaan menghampirinya, dia kelihatan seperti sedang tidur dengan nyenyaknya, namun didapati telah meninggal dunia setelah mereka cuba mengejutkan Abdul selepas itu.
Melalui rakaman video berkenaan turut kedengaran suara seorang lelaki yang mengucapkan kalimah doa untuk orang yang telah meninggal dunia.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, ujar lelaki berkenaan.
Beruntungnya arwah meninggal ketika sedang mengaji dan setelah selesai solat Subuh di dalam masjid rumah Allah. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. - www.koleksiviral.com
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel (VIDEO) Seorang Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengaji Selepas Selesai Solat Subuh
Anda sekarang membaca artikel (VIDEO) Seorang Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengaji Selepas Selesai Solat Subuh dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/video-seorang-lelaki-meninggal-dunia.html