Judul : 22 Nelayan Asing Tiada Permit Tangkap Ikan Diberkas
link : 22 Nelayan Asing Tiada Permit Tangkap Ikan Diberkas
22 Nelayan Asing Tiada Permit Tangkap Ikan Diberkas
KUALA TERENGGANU – Seramai 22 nelayan asing diberkas ketika leka melakukankegiatan menangkap ikan kira-kira 94 batu nautika dari Kuala Kemaman, semalam.
Pengarah Maritim Pengkalan Kemaman Leftenan Komander Mohd Rezal Kamal Bashah berkata ketikadikesan kira-kira 8.30 pagi bot nelayan Vietnam itu sedang menarik pukat.
“Hasil pemeriksaan kita dapati bot tersebut tidak memiliki sebarang dokumen atau permit sah daripadaJabatan Perikanan Malaysia untuk menangkap ikan di perairan negara.
“Hasil pemeriksaan lanjut, kita turut menahan awak awak dan tekong yang berusia 16 hingga 43 tahun juga tidak mempuyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut merampas 800 kilogram (kg) ikan campur, 400 kg ikan baja, 100 kg sotongkering serta minyak diesel sebanyak 800 liter yang kesemuanya bernilai RM 700,000 termasuk bot dan peralatan.
Jelasnya bot tersebut dibawa masuk ke Pangkalan Maritim Kemaman dan kes disiasat mengikut AktaPerikanan 1985.
Mohd Rezal Kamal berkata pihaknya akan terus memperkukuhkan kedaulatan perairan negara denganmempergiatkan lagi rondaan secara berterusan membanteras bot nelayan asing ke perairan Malaysia.
Sementara itu, dalam tangkapan berasingan pihaknya turut menahan seorang tekong bersama 11 awak-awak yang dipercayai warga Vietnam ketika sedang melakukan kegiatan menangkap ikan kira-kira 54 batu nautikadari Kemaman, Isnin lalu.
Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata, kesemuamereka yang berusia antara 18 dan 52 tahun diberkas sekitar 5.15 petang.
Pihaknya turut merampas kesemua hasil sotong yang dianggarkan 1,000 kg. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 22 Nelayan Asing Tiada Permit Tangkap Ikan Diberkas
Anda sekarang membaca artikel 22 Nelayan Asing Tiada Permit Tangkap Ikan Diberkas dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/22-nelayan-asing-tiada-permit-tangkap_13.html