Masing bidas individu mendakwa sebagai calon BN

Masing bidas individu mendakwa sebagai calon BN - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masing bidas individu mendakwa sebagai calon BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masing bidas individu mendakwa sebagai calon BN
link : Masing bidas individu mendakwa sebagai calon BN

Baca juga


Masing bidas individu mendakwa sebagai calon BN

-- BERNAMA: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing hari ini membidas individu-individu tertentu yang memasuki beberapa kawasan sambil mendakwa mereka adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum akan datang.

"Mereka tidak mempunyai locus standi untuk membuat dakwaan seperti itu, kata beliau.

"Hanya dengar kenyataan kenyataan pemimpin parti-parti politik kerana mereka mempunyai maklumat yang boleh dipercayai," kata Masing, yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Beliau berkata, adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila pilihan raya semakin hampir, bagi ramai individu mendakwa bahawa mereka dipilih oleh kepimpinan parti sebagai calon.

"Pihak media boleh membuat spekulasi, tidak mengapa...mereka boleh berbuat demikian dan ramalan mereka mungkin betul, siapa tahu," kata beliau.

Beliau berkata, bagaimanapun, akkhirnya, pemimpin parti akan membuat keputusan mengenai senarai calon.

Masing diintya mengulas mengenai beberapa individu yang memasuki beberapa kawasan pilihan raya dan mendakwa bahawa mereka telah dipilih oleh pemimpin parti sebagai calon BN.

Terdahulu, Masing menghadiri majlis Ramah Tamah Adilfitri Yayasan Sarawak bersama Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini.

Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas majlis itu tidak mahu mengulas mengenai kedudukan Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai isu itu.... pilihan raya masih jauh," kata beliau.

UPP dan TERAS adalah parti mesra BN yang mempunyai pemimpin dalam Kabinet negeri.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Masing bidas individu mendakwa sebagai calon BN

Sekianlah artikel Masing bidas individu mendakwa sebagai calon BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masing bidas individu mendakwa sebagai calon BN dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/masing-bidas-individu-mendakwa-sebagai_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :