Judul : Tak gentar Myanmar
link : Tak gentar Myanmar
Tak gentar Myanmar
Petaling Jaya: Kesungguhan skuad bawah 22 tahun (B-22) Myanmar menghadapi aksi persahabatan menentang skuad B-22 negara di Stadium Shah Alam malam esok langsung tidak mengganggu fokus pengendali tuan rumah, Datuk Ong Kim Swee ketika ini.
Apa tidaknya, Myanmar yang baru tiba di ibu kota lewat petang semalam terus menjalani latihan pada sebelah malam di Padang Latihan Sime Darby FC di Bukit Jelutong dengan dibarisi skuad serba lengkap.
Situasi itu ternyata berbeza hampir ‘360 darjah’ dengan skuad kendalian Kim Swee yang sehingga semalam dilihat masih belum berjaya mengumpulkan kesemua pemainnya untuk menghadapi aksi persahabatan itu.
Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu tetap tenang melayan ujian berkenaan dan berharap kesemua pemain disenaraikan berjaya melaporkan diri hari ini.
“Saya tahu Myanmar cukup serius untuk menghadapi aksi persahabatan itu terutama selepas mereka baru saja selesai menyertai Kejohanan KBZ di negara mereka sendiri yang turut disertai Hong Kong dan Kemboja B-22.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tak gentar Myanmar
Anda sekarang membaca artikel Tak gentar Myanmar dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tak-gentar-myanmar.html