Judul : Cincin Tunang Paris Hilton Bernilai RM8 Juta
link : Cincin Tunang Paris Hilton Bernilai RM8 Juta
Cincin Tunang Paris Hilton Bernilai RM8 Juta
Selebriti popular Paris Hilton mengumumkan telah bertunang dengan teman lelakinya, Chris Zylka selepas menerima lamaran lelaki itu secara romantik di pergunungan salji Aspen, Colorado, baru-baru ini.
Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun Instagram dengan memuatnaik gambar romantik bersama cincin bertatahkan berlian dijari manisnya.
Apa yang lebih menjadi bualan kerana cincin putih berlian yang dirias dijari Paris itu dikatakan bernilai lebih dari USD2 juta (kira-kira RM8 juta). Cincin emas putih bertahtakan batu berlian berbentuk ‘V’ dan 22 karat.
Paris begitu teruja apabila menerima cincin pertunangan itu dan sangat menghargainya.
..
Namun harga cincin tunang barunya ini tidak dapat menandingi harga cincin bekas tunang ketika beliau bersama Paris Latsis. Nilai cincin dari Paris Latsis dua kali ganda dari Chris Zylka iaitu $4.7 juta.
Terdahulu, Paris yang juga pewaris legasi Hotel Hilton pernah menjalani lebih dari 10 hubungan cinta. Paris berharap hubungannya kali ini berkekalan kerana dia juga mahukan sebuah keluarga seperti adiknya, Nicky Hilton.
The post Cincin Tunang Paris Hilton Bernilai RM8 Juta appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Cincin Tunang Paris Hilton Bernilai RM8 Juta
Anda sekarang membaca artikel Cincin Tunang Paris Hilton Bernilai RM8 Juta dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/cincin-tunang-paris-hilton-bernilai-rm8.html