Aishah Belum Tinggalkan Dunia Politik

Aishah Belum Tinggalkan Dunia Politik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aishah Belum Tinggalkan Dunia Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aishah Belum Tinggalkan Dunia Politik
link : Aishah Belum Tinggalkan Dunia Politik

Baca juga


Aishah Belum Tinggalkan Dunia Politik

Meskipun dia kini telah kembali semula di pentas nyanyian, Aishah mengakui beliau juga masih aktif dalam bidang politik.

Memetik laporan Malaysian Gazette, juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini bahkan menghargai peluang yang diberikan untuk berkarya tanpa melibatkan ideologi parti politik.

“Saya tak pernah kata keluar daripada politik, saya sangat gembira apabila artis macam saya yang mungkin aktif sebagai aktivis politik diberi peluang dalam kelompok seni dan masih boleh keluar di televisyen.

“Sebenarnya itu perjuangan saya secara individu supaya kita boleh berkarya tanpa melibatkan ideologi,” katanya.

Beliau yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu berkata, tidak kira siapa artis itu, siapa yang berbakat patut diberi peluang untuk berkarya.

“Itu perkara sangat penting hak kita nak sokong siapa atau bila kita sokong siapa dari itu kita tak dibenarkan untuk berkarya, benda-benda sebegini kalau kita tak perjuangkan nanti Malaysia juga akan rugi kerana bakat-bakat yang ada tidak diberi pendedahan yang sepatutnya,” katanya yang berusia 52 tahun.

Di arena politik, Aishah pernah dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke 13 mewakili Pas namun tewas di tangan calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd. Isa mendapat 31,109 undi manakala Aishah pula 22,495 dan tewas dengan majoriti 8,614 undi.

Beliau kemudiannya menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Dalam pada itu ditanya media mengenai sama ada dia akan dicalonkan menjadi wakil PAN pada PRU-14, Aisyah berkata dia tiada jawapan untuk soalan tersebut.

“Itu soalan cepu emas, saya sendiri pun tak tahu jawapan dia, jadi kita tengok dulu,” jawabnya.

The post Aishah Belum Tinggalkan Dunia Politik appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Aishah Belum Tinggalkan Dunia Politik

Sekianlah artikel Aishah Belum Tinggalkan Dunia Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aishah Belum Tinggalkan Dunia Politik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/aishah-belum-tinggalkan-dunia-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :