Judul : Tiga Lelaki Ditahan Dalam ‘Op Samseng Jalanan’
link : Tiga Lelaki Ditahan Dalam ‘Op Samseng Jalanan’
Tiga Lelaki Ditahan Dalam ‘Op Samseng Jalanan’
ALOR SETAR – Polis menahan tiga lelaki kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam ‘Op Samseng Jalanan’ di beberapa lokasi sekitar Kota Setar, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata kesemua mereka yang berumur antara 21 dan 34 tahun itu ditahan secara berasingan semasa pemeriksaan motosikal dalam operasi yang berlangsung dari 11 malam hingga 5 pagi tadi.
“Ketiga-tiga mereka dipercayai positif dadah jenis syabu dan seorang suspek yang berumur 21 tahun serta berasal dari Kuala Kedah pula didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 1.10 gram. Kesemua mereka ini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Mohd Rozi berkata dalam operasi itu, sebanyak 67 saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai kenderaan dan tidak memakai topi keledar.
“Sembilan motosikal dan dua kereta turut disita dalam operasi tersebut,” katanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tiga Lelaki Ditahan Dalam ‘Op Samseng Jalanan’
Anda sekarang membaca artikel Tiga Lelaki Ditahan Dalam ‘Op Samseng Jalanan’ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tiga-lelaki-ditahan-dalam-op-samseng_21.html