Lebih 5,000 Anggota Bomba Kawal Kebakaran

Lebih 5,000 Anggota Bomba Kawal Kebakaran - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 5,000 Anggota Bomba Kawal Kebakaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 5,000 Anggota Bomba Kawal Kebakaran
link : Lebih 5,000 Anggota Bomba Kawal Kebakaran

Baca juga


Lebih 5,000 Anggota Bomba Kawal Kebakaran

LOS ANGELES – Gabenor California Jerry Brown semalam mengisytiharkan keadaan darurat di kawasan Butte County berikutan kebakaran hutan di kawasan itu yang kini mengancam kira-kira 5,400 kediaman.

Menurut agensi berita Xinhua, lebih 1,100 anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus cuba mengawal kebakaran yang bermula tengah hari Jumaat lalu dan telah memusnahkan kawasan seluas kira-kira 2,000 ekar (8.09 kilometer persegi) menjelang tengah hari Sabtu.

Seramai 4,000 penduduk di Oroville yang terletak kira-kira 780 kilometer di utara Los Angeles telah diarahkan berpindah, manakala 7,400 lagi penduduk dalam keadaan berjaga-jaga dan diminta berwaspada dengan arahan perpindahan setakat pukul 2 petang Ahad (2100 GMT).

Kebakaran yang diberi gelaran ‘wall fire’ di kawasan Butte County merupakan sebahagian daripada 14 kebakaran hutan yang kini melanda beberapa kawasan di California, yang menyaksikan lebih 5,000 anggota pasukan bomba dan penyelamat berhempas pulas untuk cuba memadamkan api.

Kebakaran paling besar melibatkan kawasan Alamo di San Luis Obispo County yang setakat ini memusnahkan hampir 24,000 ekar (97.12 kilometer persegi).

Kebakaran yang turut berlaku di Santa Barbara County telah memusnahkan kawasan seluas kira-kira 7,800 ekar (31.56 kilometer persegi) pada hari Ahad, dan setakat ini hanya lima peratus kebakaran berjaya dibendung.

Laporan NBC menyebut seramai 80 termasuk kanak-kanak yang menyertai perkhemahan di Circle V Ranch, Santa Barbara County, berjaya diselamatkan dan disatukan dengan keluarga masing-masing pada hari Ahad.

Kumpulan berkenaan dilaporkan terpaksa berlindung di tapak perkhemahan itu setelah gagal dibawa keluar berikutan kebakaran hutan di kawasan itu pada hari Sabtu.

Kebakaran di selatan California berlaku dalam keadaan suhu panas yang dijangka melebihi 90 darjah Fahrenheit (32.2 darjah Celsius), dijangka berlarutan sepanjang minggu ini.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lebih 5,000 Anggota Bomba Kawal Kebakaran

Sekianlah artikel Lebih 5,000 Anggota Bomba Kawal Kebakaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 5,000 Anggota Bomba Kawal Kebakaran dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/lebih-5000-anggota-bomba-kawal-kebakaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :