Rakyat Kelantan Perlu Terjemah Sokongan Kepada BN PRU14

Rakyat Kelantan Perlu Terjemah Sokongan Kepada BN PRU14 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Kelantan Perlu Terjemah Sokongan Kepada BN PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Kelantan Perlu Terjemah Sokongan Kepada BN PRU14
link : Rakyat Kelantan Perlu Terjemah Sokongan Kepada BN PRU14

Baca juga


Rakyat Kelantan Perlu Terjemah Sokongan Kepada BN PRU14

KOTA BHARU – Kehadiran luar biasa rakyat Kelantan pada program-program anjuran UMNO sekarang ini perlu diterjemahkan dalam bentuk undi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan dan memerintah negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mandat rakyat penting kerana kerajaan pimpinan BN berazam untuk memajukan negeri ini demi kemakmuran rakyat, yang tertinggal 27 tahun di bawah pemerintahan kerajaan PAS.

“Rakyat Kelantan bukan sahaja dahagakan pembangunan tetapi juga pengisiannya. Benar harus ada perimbangan duniawi dan ukhrawi, perimbangan fizikal dan rohani tetapi usaha memajukan rakyat juga adalah mustahak,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor, di sini hari ini.

Turut hadir bersama kira-kira 20,000 orang ialah Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Terdahulu, ketibaan Ahmad Zahid,  yang juga Naib Presiden UMNO dan kini menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, diiringi oleh 1,000 anak muda yang menaiki 500 motosikal ke Kompleks YKK.

Ahmad  Zahid berkata kerajaan persekutuan pimpinan BN sentiasa mengutamakan kemajuan rakyat walaupun parti itu menjadi pembangkang di Kelantan.

“Kerajaan persekutuan memperuntukkan jumlah yang besar iaitu RM12.7 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk pembangunan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan persekutuan juga memberi keutamaan pembangunan dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, agama, keselamatan dan sosioekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta anak-anak Kelantan yang berada di luar, kembali memberi sokongan kepada BN untuk mentadbir negeri ini. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rakyat Kelantan Perlu Terjemah Sokongan Kepada BN PRU14

Sekianlah artikel Rakyat Kelantan Perlu Terjemah Sokongan Kepada BN PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Kelantan Perlu Terjemah Sokongan Kepada BN PRU14 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/rakyat-kelantan-perlu-terjemah-sokongan_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :