MBI Giat Tangkap Anjing Liar Elak Wabak Rabies

MBI Giat Tangkap Anjing Liar Elak Wabak Rabies - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MBI Giat Tangkap Anjing Liar Elak Wabak Rabies, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MBI Giat Tangkap Anjing Liar Elak Wabak Rabies
link : MBI Giat Tangkap Anjing Liar Elak Wabak Rabies

Baca juga


MBI Giat Tangkap Anjing Liar Elak Wabak Rabies

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meningkatkan operasi menangkap anjing liar di sekitar kawasan bandar raya bagi mengekang penularan penyakit anjing gila atau rabies selepas kes pertama di Perak dikesan di Kuala Sepetang, Taiping.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata pendekatan tersebut juga dilakukan bagi meredakan ketakutan orang ramai berkaitan wabak yang boleh meragut nyawa itu.

“Anjing-anjing liar dan terbiar yang ditangkap akan dilupuskan jika dikesan berpotensi membawa penyakit manakala yang tidak membawa penyakit, kita akan lepaskan di tempat tertentu,” katanya.

Zamri bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-Royong Sempena Kempen Perak Bersih di Taman Dr Seenivagasam di sini, hari ini, bersama 1,000 individu terdiri daripada warga bandar raya dan kakitangan MBI.

Selain itu, Zamri berkata pihaknya juga sedang giat menjalankan program pengkasian atau pemandulan anjing bagi memastikan pembiakannya berada pada tahap terkawal.

“Dalam masa yang sama, jika pembiakannya berjaya kami kawal, ia sedikit sebanyak akan mengurangkan risiko penyakit yang dibawa oleh anjing-anjing liar ini.

“Kami percaya penyakit rabies ini tidak akan menular ke Ipoh sekiranya langkah-langkah pencegahan dibuat daripada awal dan secara berterusan,” katanya.

Kes positif rabies pertama di Perak dikesan di Kuala Sepetang pada 13 Julai lalu selepas seekor anjing mati setelah sembilan hari menggigit dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun.  – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel MBI Giat Tangkap Anjing Liar Elak Wabak Rabies

Sekianlah artikel MBI Giat Tangkap Anjing Liar Elak Wabak Rabies kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MBI Giat Tangkap Anjing Liar Elak Wabak Rabies dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mbi-giat-tangkap-anjing-liar-elak-wabak_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :