Mati Terperangkap Dalam Peti Derma

Mati Terperangkap Dalam Peti Derma - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mati Terperangkap Dalam Peti Derma, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mati Terperangkap Dalam Peti Derma
link : Mati Terperangkap Dalam Peti Derma

Baca juga


Mati Terperangkap Dalam Peti Derma

LOS ANGELES – Seorang gelandangan ditemui mati selepas kepalanya tersangkut di dalam peti derma ketika dia cuba mencapai barangan di dalamnya.

Kepalanya dilapor terperangkap dalam lubang kecil pada peti itu dan petugas perubatan menghabiskan masa selama 30 minit untuk membebaskannya dengan memotong peti besi itu tetapi usaha menyelamatkannya itu terlambat.

Penduduk tempatan berkata, mereka mengenali lelaki itu kerana sering melihatnya berada di peti berkenaan untuk mencari pakaian yang didermakan di dalam peti itu.

Dia dipercayai tersangkut pada peti itu sepanjang malam sebelum ditemui penduduk tempatan.

Pegawai dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila seorang wanita yang tinggal berhampiran peti itu melihat lelaki itu tidak bergerak dan dalam keadaan membongkok ke dalam.

Shirley Williams memberitahu stesen televisyen NBC Los Angeles: “Kepalanya berada di dalam sementara anggota badannya di luar. Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan gergaji elektrik untuk membebaskannya. Mereka memotong peti berkenaan tetapi lelaki itu sudah tidak bernyawa apabila dibebaskan.”

Penduduk di kejiranan itu berkata, peti itu diletak tanpa kebenaran dan mahukan ia dialih.

Ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku.

Februari lalu, seorang wanita di Pennsylvania mati tergantung selepas tangannya tersangkut lebih enam jam di dalam perti derma.

Menurut laporan, kejadian berlaku apabila bangku yang digunakan untuk memanjat dan mencapai barangan di dalam peti itu tumbang. – Agensi/myMetro Online

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Mati Terperangkap Dalam Peti Derma

Sekianlah artikel Mati Terperangkap Dalam Peti Derma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mati Terperangkap Dalam Peti Derma dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mati-terperangkap-dalam-peti-derma_31.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :