Judul : Padah Tak Pandai Bergurau, Pelajar Sekolah Dipercayai Letak Racun Lipas Dalam Mee Goreng Rakan Ditahan
link : Padah Tak Pandai Bergurau, Pelajar Sekolah Dipercayai Letak Racun Lipas Dalam Mee Goreng Rakan Ditahan
Padah Tak Pandai Bergurau, Pelajar Sekolah Dipercayai Letak Racun Lipas Dalam Mee Goreng Rakan Ditahan
Gara-gara gurauan keterlaluan, seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di Sri Aman menerima padah apabila ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai telah meletak racun lipas dalam mi goreng sebelum diberikan kepada rakannya, lapor Harian Metro.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pelajar berkenaan yang berumur 13 tahun telah memberikan mee goreng berkenaan kepada rakan sekelasnya pada 9.30 pagi.
Rakannya yang tidak tahu dalam mee goreng tersebut mengandungai racun lipas telah memakan makanan itu tanpa curiga mengakibatkan dia tiba-tiba rasa mual dan muntah beberapa minit kemudian yang membuatkan suspek ketakutan.
"Suspek yang cemas kemudiannya menyerahkan racun berkenaan kepada rakan sekelasnya kerana bimbang tindakannya diketahui namun rakan sekelasnya terus memaklumkan kejadian kepada guru.
"Melihat mangsa yang lemah menyebabkan sekolah bergegas menghantarnya ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut sebelum memaklumkan kejadian kepada bapanya," katanya.
Menurut beliau, selepas mengetahui kejadian itu menimpa anaknya, bapa pelajar itu telah bertindak membuat satu laporan polis di Balai Polis Sri Aman, pada 2.30 petang semalam.
Tidak lama selepas itu sepasukan polis telah bertindak menahan pelajar itu di rumahnya di Taman Sri Jaya tidak lama selepas itu.
Beliau juga mengesahkan hanya seorang mangsa terlibat dalam kejadian itu dan polis merampas sebungkus racun lipas daripada suspek untuk siasatan lanjut.
"Mangsa kini masih dirawat di Hospital Sri Aman manakala suspek sudah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai mengambil keterangan daripadanya.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera menggunakan racun yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya. - Siakapkeli.my
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Padah Tak Pandai Bergurau, Pelajar Sekolah Dipercayai Letak Racun Lipas Dalam Mee Goreng Rakan Ditahan
Anda sekarang membaca artikel Padah Tak Pandai Bergurau, Pelajar Sekolah Dipercayai Letak Racun Lipas Dalam Mee Goreng Rakan Ditahan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/padah-tak-pandai-bergurau-pelajar.html