Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan

Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan
link : Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan

Baca juga


Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan

SEREMBAN – Seorang lelaki yang cuba melepaskan diri daripada ditahan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan ​​​​​enam kenderaan di Nilai Isnin lalu, dituduh di Mahkamah Majistret Khas Trafik di sini, hari ini.
Mohamad Insani Abdul Ghani, 32, yang juga pemandu lori, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan tersebut, iaitu memandu secara berbahaya serta empat kesalahan trafik lain.

Kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Marlissa Fahmy.

Tertuduh didakwa memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya kepada orang ramai di simpang tiga Jalan Permata 2, Nilai 3 antara 5.15 petang dan 6 petang, Isnin lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali mengemukakan pendakwaan memandu secara berbahaya ​​​​​​mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa menggunakan kenderaan tidak didaftarkan, mempamerkan nombor pendaftaran bukan kepunyaan kenderaan itu, memandu tanpa lesen kenderaan motor serta tanpa dilindungi polisi insurans pada 5.25 petang di lokasi dan tarikh yang sama.

Bagi kesemua empat kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 108(3)(f), Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(2) akta sama.

Jika sabit setiap kesalahan, denda RM1,000 dan maksimum RM20,000 atau dipenjara tiga bulan sehingga maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut.

Majistret Marlissa kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kesemua pertuduhan itu.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan

Sekianlah artikel Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pemandu-lori-didakwa-atas-lima_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :