Judul : IADA Optimis Hasil Padi 9 Tan Per Hektar
link : IADA Optimis Hasil Padi 9 Tan Per Hektar
IADA Optimis Hasil Padi 9 Tan Per Hektar
KOTA BELUD – Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud optimis mampu mengeluarkan hasil tuaian padi melebihi sembilan tan per hektar menerusi penggunaan teknologi dan jentera moden dari Jepun.
Pengarahnya Salmah Labulla berkata ini berdasarkan Penyiasatan Hasil Padi (CCS) agensi tersebut menunjukkan petak kawasan padi yang ditanam menggunakan teknologi moden itu berjaya menghasilkan tuaian padi melebihi sembilan kilogram.
“CCS adalah anggaran kasar potongan daripada satu petak kawasan padi, dan daripada itu, kami boleh menganggarkan berapa hasil tuaian padi yang diperoleh bagi keseluruhan kawasan tanaman.
“Berdasarkan CCS dilakukan semalam, kami mendapati hasil tuaian padi melebihi sembilan kilogram, dan kami menganggarkan secara kasar hasil tuaian padi di kawasan ini boleh melebihi sembilan tan per hektar,” katanya selepas Majlis Perasmian Penuaian Padi Perataan Jepun di Kampung Labuan, di sini hari ini.
Majlis dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Ukoh @ Jeremmy Malajad yang mewakili Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli.
Salmah berkata tapak penuaian padi itu adalah sebahagian daripada kira-kira 32.3 hektar kawasan tanaman padi yang dijadikan sebagai kawasan pertama program pembangunan dan peningkatan hasil padi menggunakan jentera dan teknologi baharu serta kepakaran Jepun itu.
Fasa pertama program itu bermula Mac lepas, yang antara lain membabitkan aktiviti membajak sawah dan meratakan tanah serta penanaman padi menggunakan benih Tuaran Rice 8 (TR8) daripada Jabatan Pertanian Sabah, katanya.
“Kami melihat ada perbezaan dari segi pengeluaran hasil padi yang ditanam menggunakan teknologi moden berbanding sebelumnya kerana secara purata hasil tuaian padi di Kota Belud adalah lebih kurang tiga hingga enam tan per hektar.
“Kami optimis sasaran meningkatkan pengeluaran hasil padi daripada enam tan kepada sembilan hingga 10 tan per hektar akan tercapai menerusi jentera dan teknologi baharu ini,” katanya.
Salmah berkata program tersebut akan dilakukan secara berperingkat dan setiap peringkat mengambil tempoh dua tahun, masing-masing membabitkan 300 hektar kawasan penanaman padi.
“Kami berharap tuan tanah memberi kerjasama kepada pihak kami dengan membenarkan IADA Kota Belud membangunkan tanah mereka, sekali gus membantu meningkatkan hasil padi dan pendapatan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga telah memohon peruntukan RM12 juta daripada kerajaan bagi kerja perataan tanah sawah di Kota Belud sehingga 2020.
– BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel IADA Optimis Hasil Padi 9 Tan Per Hektar
Anda sekarang membaca artikel IADA Optimis Hasil Padi 9 Tan Per Hektar dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/iada-optimis-hasil-padi-9-tan-per-hektar_7.html