Judul : Kan Dah Kena Saman…
link : Kan Dah Kena Saman…
Kan Dah Kena Saman…
BEIJING – Seorang pemandu di bandar ini disaman pihak berkuasa selepas memandu dengan sebelah kaki terjulur di tingkap.
Lapor portal Shanghaiist, polis mengambil tindakan itu selepas beberapa pengguna jalan raya merakam aksi lelaki berkenaan sebelum memuat naik gambar itu di media sosial.
Gambar itu menunjukkan lelaki berkenaan memandu sebuah kereta berwarna hitam dengan kaki kirinya terjulur di luar tingkap.
Selepas gambar itu menjadi tular, polis berjaya mengesan individu berkenaan melalui nombor pendaftaran kereta yang jelas kelihatan.
Polis memberitahu, lelaki itu dikenakan saman berjumlah 200 yuan (RM126) dan dua mata penalti.
Lesen pemandu boleh digantung apabila dia memperoleh 12 mata penalti dalam setahun.
Tindakan lelaki itu juga menerima kecaman pengguna media sosial yang menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.
“Terima kasih polis kerana mengambil tindakan segera terhadap lelaki yang tidak bertanggungjawab ini,” kata seorang pengguna.
Seorang lagi pengguna berkata, tindakan lelaki itu memandu terlalu santai boleh membahayakan pengguna yang lain. –MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kan Dah Kena Saman…
Anda sekarang membaca artikel Kan Dah Kena Saman… dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kan-dah-kena-saman_9.html