K’jaan Diminta Ambil Tindakan Pihak Sabotaj Ekonomi

K’jaan Diminta Ambil Tindakan Pihak Sabotaj Ekonomi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul K’jaan Diminta Ambil Tindakan Pihak Sabotaj Ekonomi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : K’jaan Diminta Ambil Tindakan Pihak Sabotaj Ekonomi
link : K’jaan Diminta Ambil Tindakan Pihak Sabotaj Ekonomi

Baca juga


K’jaan Diminta Ambil Tindakan Pihak Sabotaj Ekonomi

BATU PAHAT – Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mensabotaj ekonomi dan mengelirukan rakyat dengan persepsi negatif bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kerajaan perlu mengenakan tindakan terhadap dalang yang terlibat menerusi Akta Pencegahan Jenayah (Poca) memandangkan terdapat usaha mengelirukan rakyat termasuk menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perhimpunan BERSIH dan terbaru isu perundangan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

“Kami menyedari bahawa negara menghadapi banyak pengganas termasuk pengganas persepsi yang mahu sabotaj ekonomi negara. Kita lihat pembangkang, pendekatan mereka bersiri, perhimpunan BERSIH pun lima kali walau pun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengambil tindakan seperti penggunaan dakwat kekal, namun, mereka (pembangkang) tetap mengadakan BERSIH…inilah sebenarnya jenayah bersiri yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Batu Pahat yang disempurnakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden .

Mohd Puad berkata UMNO Batu Pahat sentiasa bersiap siaga bagi merampas semula kerusi Parlimen Batu Pahat dan sudah melakukan pelbagai langkah termasuk menambah bilangan pengundi sejak 2013.

Beliau berkata sehingga kini, seramai 5,885 pengundi berjaya didaftarkan di kawasan berkenaan hasil kerjasama erat jentera bahagian UMNO berkenaan.

“UMNO Batu Pahat mengalami satu peristiwa yang sukar dilupakan iaitu apabila kami terlepas Parlimen Batu Pahat.

Saya sentiasa menyatakan kepada anggota UMNO Batu Pahat bahkan orang Melayu bahawa kami berhutang kepada UMNO, orang Melayu atas kekalahan ini tetapi ia tidak menyebabkan kita hilang semangat dan merasakan kekalahan itu sebagai satu pengakhiran tetapi kita bangkit dan akan bersama-sama merampas kembali Parlimen Batu Pahat,” katanya.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel K’jaan Diminta Ambil Tindakan Pihak Sabotaj Ekonomi

Sekianlah artikel K’jaan Diminta Ambil Tindakan Pihak Sabotaj Ekonomi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel K’jaan Diminta Ambil Tindakan Pihak Sabotaj Ekonomi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kjaan-diminta-ambil-tindakan-pihak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :