Mahathir rela Anwar dibebaskan jika menang PRU14 tidak masuk akal

Mahathir rela Anwar dibebaskan jika menang PRU14 tidak masuk akal - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir rela Anwar dibebaskan jika menang PRU14 tidak masuk akal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir rela Anwar dibebaskan jika menang PRU14 tidak masuk akal
link : Mahathir rela Anwar dibebaskan jika menang PRU14 tidak masuk akal

Baca juga


Mahathir rela Anwar dibebaskan jika menang PRU14 tidak masuk akal

KULAI: Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini, yang mendakwa akan memohon pengampunan diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Sebaliknya, kenyataan bekas presiden UMNO itu dikhuatiri mempunyai agenda tersendiri dan bertujuan mahu mengelirukan ahli parti terutama ketika semua bahagian seluruh negara sedang bersidang, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Justeru itu, beliau mengingatkan ahli-ahli UMNO agar tidak terikut-ikut dengan agenda dan perancangan beliau dalam musim persidangan UMNO bahagian.

"Jadi tiap-tiap hari akan ada kenyataan (dari Dr Mahathir) yang tidak masuk akal .. orang (Anwar) yang dia (Dr Mahathir) suruh tangkap dahulu, orang (Anwar) yang dia (Dr Mahathir) kata tidak bermoral, orang (Anwar) yang dipinggirkan daripada parti...saya selaku Ketua Pemuda ketika itu merasainya pada ketika itu.

"Sekarang dah berubah pulak pendiriannya, saya percaya itu sebahagian dari strategi (beliau) nak mencuba mengekploitasi dan hendak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan ahli-ahli kita apabila kita bersidang di bahagian-bahagian tetapi setakat hari ini, saya lihat (taktik) tidak berjaya," kata Hishammuddin selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di Dewan Raya Bandar Putra, di sini hari ini.

Beliau berkata memandangkan bekas perdana menteri itu pernah memimpin UMNO sebelum ini, dia tahu selok belok bagaimana mahu mengekploitasi keadaaan.

Sementara itu, katanya, sebahagian maklumat yang terkandung dalam manual pilihan raya antara lain, golongan sasaran sudah siap dan akan disalurkan kepada jentera pilihan raya melalui bengkel-bengkel yang diadakan secara berperingkat bermula di UMNO Bahagian Lenggong minggu lepas, diikuti Kulai dan bahagian Gelang Patah hari ini.

"Akan ada maklumat mengenai golongan sasar yang perlu kita dekati, bagaimana mahu mendekati mereka, contohnya melalui media sosial dan sebagainya dan bagaimana mahu mengatasi dakyah-dakyah terutamanya bila dekat dengan pilihan raya ini akan banyak tuduhan yang akan dilemparkan terhadap kita (parti), kita kena siap sedia untuk menjawabnya," kata Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan itu.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Mahathir rela Anwar dibebaskan jika menang PRU14 tidak masuk akal

Sekianlah artikel Mahathir rela Anwar dibebaskan jika menang PRU14 tidak masuk akal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir rela Anwar dibebaskan jika menang PRU14 tidak masuk akal dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mahathir-rela-anwar-dibebaskan-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :