Judul : Bapa Tak Halang Perkahwinan Song Joong Ki & Dong Hye Kyo
link : Bapa Tak Halang Perkahwinan Song Joong Ki & Dong Hye Kyo
Bapa Tak Halang Perkahwinan Song Joong Ki & Dong Hye Kyo
BAPA kepada pelakon Song Joong Ki menafikan khabar angin bahawa dia tidak merestui keputusan anaknya untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya Song Hye Kyo.
Malah, seperti dipetik Soompi pada Selasa, bapa bintang Battleship Island itu berharap hubungan tersebut akan kekal ke akhir hayat.
“Song Joong Ki dalam usia terbaik untuk berkahwin dan saya setuju dengan keputusan mereka, sebagai orang tua, kami menghormati keputusan anak kami.
“Ramai yang kata saya tidak restu hubungan mereka, tapi itu semua salah faham,” ujarnya.
Bapanya turut berpesan agar pelakon itu akan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik selepas berkahwin.
“Saya mahu dia bekerja lebih keras sebagai pelakon dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga,” katanya.
Pasangan yang bergandingan dalam drama Descendants of the Sun itu membuat pengumuman untuk berkahwin pada 31 Oktober depan.
The post Bapa Tak Halang Perkahwinan Song Joong Ki & Dong Hye Kyo appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bapa Tak Halang Perkahwinan Song Joong Ki & Dong Hye Kyo
Anda sekarang membaca artikel Bapa Tak Halang Perkahwinan Song Joong Ki & Dong Hye Kyo dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bapa-tak-halang-perkahwinan-song-joong.html