Judul : Imigresen Tubuh Pasukan Elit, Serbuan Berisiko Tinggi
link : Imigresen Tubuh Pasukan Elit, Serbuan Berisiko Tinggi
Imigresen Tubuh Pasukan Elit, Serbuan Berisiko Tinggi
PORT DICKSON – Jabatan Imigresen Malaysia kini dalam proses menubuhkan pasukan khas yang pada masa ini dikenali sebagai ‘Pasukan Elit’ bagi menangani serbuan berisiko tinggi.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata untuk peringkat awal, sekurang-kurangnya 15 pegawai imigresen akan dipilih menganggotai pasukan itu yang akan dilengkapi latihan berbentuk komando selain dibekalkan senjata api.
“Inilah kumpulan yang kita nak letakkan di barisan depan bagi menghadapi cabaran-cabaran. Cabaran dalam aspek penguatkuasaan undang-undang memang banyak, misalnya apabila kita melakukan serbuan, kita hadapi banyak ancaman kekerasan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program prapemilihan anggota pasukan itu di Akademi Imigresen di sini hari ini.
Seramai 76 pegawai imigresen merangkumi 61 lelaki dan 15 wanita mengikuti latihan tersebut.
Mengulas lanjut, Mustafar berkata mereka akan menerima latihan dalaman selain didedahkan dengan corak latihan pasukan penguat kuasa undang-undang lain termasuk polis.
Kumpulan pertama pasukan ini akan ditempatkan di ibu pejabat imigresen di Putrajaya di bawah Bahagian Perisikan Operasi Khas, katanya.
Namun katanya mereka akan digerakkan ke seluruh negara bagi menangani serbuan berisiko tinggi.
Mustafar berkata pasukan itu akan dikembangkan ke peringkat negeri pada satu masa nanti.
Pada masa ini jabatan itu mempunyai 14,420 anggota di seluruh negara. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Imigresen Tubuh Pasukan Elit, Serbuan Berisiko Tinggi
Anda sekarang membaca artikel Imigresen Tubuh Pasukan Elit, Serbuan Berisiko Tinggi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/imigresen-tubuh-pasukan-elit-serbuan.html