Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan

Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan
link : Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan

Baca juga


Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan

SEKALIPUN terpalit dengan kontroversi, DBI Entertainment Sdn Bhd tetap akan meneruskan pementasan teater Kontena 404 di Istana Budaya.

Pengurus Besarnya, Lyana Zulkepli berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk tidak memikirkan mengenai perkara tersebut.

Tambahan pula, katanya, pementasan teater ini tidak dibiayai oleh Datuk Boy Iman yang juga salah seorang lembaga pengarah syarikat.

“Sememangnya, semua orang tahu atas nama DBI Entertainment adalah satu nama yang sedang ditularkan hari ini.

“Tapi, untuk pengurusan ini, kita tidak mendapat source daripada orang yang sedang ditularkan dan saya harap semua faham,” katanya dalam sidang media pementasan teater tersebut, semalam.

Katanya, buat masa ini, pihaknya tidak dapat mendedahkan identiti individu yang menaja pembikinan teater tersebut yang dikhabarkan berjumlah kira-kira RM100,000.

“Selain dia (Boy Iman), kita juga ada lembaga pengarah yang lain. Cuma, kita terpaksa merahsiakan identitinya di atas permintaan pihak terbabit.

“Tapi, kita akan mengumumkan identitinya hanya pada hari akhir pementasan teater itu nanti.

“Jadi, walau apapun terjadi, pementasan teater ini tetap akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini 45 peratus tiket sudahpun terjual,” katanya.

Teater Kontena 404 diarahkan oleh Raja Azrey dan dibintangi oleh Tauke Jambu,  Miera Leyana, Adam AF, Izreen Azminda dan Rani Kulup serta bakal dipentaskan di Lambang Sari,  Istana Budaya pada 20 hingga 22 Oktober depan.

The post Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan

Sekianlah artikel Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/pementasan-kontena-404-tetap-diteruskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :