Judul : Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mengapa Penumpang Tren LRT Tidak Boleh Berdiri Berdekatan Pintu, Ini Jawapannya
link : Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mengapa Penumpang Tren LRT Tidak Boleh Berdiri Berdekatan Pintu, Ini Jawapannya
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mengapa Penumpang Tren LRT Tidak Boleh Berdiri Berdekatan Pintu, Ini Jawapannya
Namun, secara tiba-tiba tanpa disedarinya pintu LRT terbuka dan telefon miliknya telah terlepas dari genggaman. Dia mendapati telefonnya itu melompat dua kali sebelum terjatuh ke dalam jurang di antara platform dan tren sebelum menjunam terus ke bawah.
Menurut Warren melalui akaun Facebook miliknya, pada ketika itu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu seolah-olah terkedu dan dia tidak tahu sama ada ingin ketawa atau menangis.
Kemudiannya dia terus menghalang pintu serta segera menekan butang interkom kecemasan dalam ketakutan sehinggalah turunnya seorang atendan tren yang ingin melihat apakah yang sedang berlaku.Menurutnya atendan tren terbabit kelihatan bersahaja dan seolah telah biasa menghadapi situasi sebegini dan turut mengatakan tiada apa yang perlu dirisaukan, semuanya akan dalam keadaan baik dan turut menyuruhnya datang semula pada jam 8 malam, ujarnya.
Pada ketika itu pastinya Warren dalam keadaan panik dan turut memikirkan bahawa telefon bimbitnya pasti rosak dan tidak mungkin dalam keadaan baik memandangkan terjatuh ke laluan tren. Warren turut memikirkan tentang telefon baru yang harus dibelinya.
Menurut Warren lagi, apa sekalipun yang berlaku pada telefon pintar itu dia ingin melihat keadaan bagaimana teruknya kerosakan telefon berkenaan. Disebabkan itu dia sanggup menunggu sehingga jam 8 malam serta pergi ke stesen itu semula.
Setelah itu dia pergi ke kaunter untuk mendapatkan semula sisa-sisa telefon pintar berkenaan. Apa yang mengejutkan Warren dan seperti tidak percaya setelah mengambil telefon tersebut kerana smartphone itu masih lagi dalam keadaan baik malah ianya turut berfungsi seperti serta tiada sebarang calar yang ditemuinya.
Warren telah berterima kasih kepada pihak Rapid KL kerana mengembalikan telefonnya semula dan teristimewa kepada atendan yang telah membantunya pada hari itu dan juga 2 orang wanita yang bertugas di kaunter pada jam 8 malam, katanya.
Warren turut mengesyorkan netizen agar memiliki telefon pintar sepertinya yang dikatakan tahan lasak walaupun terjatuh ke landasan keretapi telefon jenis Xiaomi Mi4c miliknya itu tidak mengalami sebarang kerosakan.
Selain itu, Warren juga menasihatkan orang ramai terutamanya penumpang tren LRT agar tidak berdiri berhampiran pintu tren kerana dia sendiri telah mendapat pengajaran serta bernasib baik sahaja.First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mengapa Penumpang Tren LRT Tidak Boleh Berdiri Berdekatan Pintu, Ini Jawapannya
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mengapa Penumpang Tren LRT Tidak Boleh Berdiri Berdekatan Pintu, Ini Jawapannya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/lelaki-ini-kongsi-pengalaman-mengapa.html