Judul : Kejam.. Kucing Mati Diberi Makan Perut Ayam Beracun… Siapakah Punya Angkara Nie
link : Kejam.. Kucing Mati Diberi Makan Perut Ayam Beracun… Siapakah Punya Angkara Nie
Kejam.. Kucing Mati Diberi Makan Perut Ayam Beracun… Siapakah Punya Angkara Nie
PERBUATAN membunuh kucing dengan cara meracun bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya kerap kali terjadi terutama di kawasan perumahan.
Alasan yang sering digunakan ialah, kucing gemar membuang air merata-rata di kawasan rumah sekaligus menyusahkan jiran tetangga untuk membersihkannya.
Namun, apapun sebabnya, ia tidak memberikan hak kepada kita untuk membunuh haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu.
Seorang pemilik kucing, Naniey Azhani berkongsi rasa sedihnya di Facebook apabila empat kucing mati, manakala tiga lagi masih hilang selepas diracun oleh jiran.
Menurutnya, kucing-kucing tersebut telah diberi makan perut ayam yang disaluti racun.
Apa yang lebih menyedihkan, ada di antara kucing tersebut mempunyai anak-anak kecil yang masih menyusu dan ada juga yang sedang mengandung.
Kalau pun kucing-kucing ini mengotorkan kawasan perumahan, bukankah lebih baik menyuarakan rasa tidak puas hati itu kepada pemiliknya.
Tak perlulah sampai dibunuh kerana akalnya tidak setanding manusia yang sepatutnya boleh berfikir secara waras. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kejam.. Kucing Mati Diberi Makan Perut Ayam Beracun… Siapakah Punya Angkara Nie
Anda sekarang membaca artikel Kejam.. Kucing Mati Diberi Makan Perut Ayam Beracun… Siapakah Punya Angkara Nie dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kejam-kucing-mati-diberi-makan-perut.html