Hapuskan kemiskinan kaum melalui pendidikan - TPM

Hapuskan kemiskinan kaum melalui pendidikan - TPM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hapuskan kemiskinan kaum melalui pendidikan - TPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hapuskan kemiskinan kaum melalui pendidikan - TPM
link : Hapuskan kemiskinan kaum melalui pendidikan - TPM

Baca juga


Hapuskan kemiskinan kaum melalui pendidikan - TPM

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendidikan adalah kaedah terbaik untuk menghapuskan kemiskinan dan gejala sosial yang membelenggui semua kaum di negara ini.

Beliau berkata remaja yang tidak dapat menyambung pelajaran akibat kemiskinan akhirnya akan tercicir dan mudah terjebak dalam gejala sosial.

"Minta maaflah, saya nak cakap. Di Malaysia ni, kaum India terkenal dengan gangsterism, Melayu terkenal dengan dadah dan Cina terkenal dengan judi.

"Kita mahu ketepikan judi, dadah dan gangsterism kerana yang penting, anak-anak terdidik supaya tidak berlaku jenayah serta pengangguran mengikut kaum," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar motivasi untuk 150 pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil peringkat daerah Bagan Datuk di Sungai Sumun di sini, Sabtu malam.

Seminar motivasi itu dianjurkan Persatuan Hal Ehwal Masyarakat India Hutan Melintang (Hemi) yang ditubuh sejak 2010 bagi memenuhi asas keperluan masyarakat India Bagan Datuk.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang S. Kesavan merangkap penasihat Hemi dan Pegawai Daerah Bagan Datuk Datuk Hamzah Hussin.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk juga berkata beliau akan terus komited membantu pendidikan para pelajar di kawasan itu menerusi pelbagai cara bagi meningkatkan taraf sosial dan kehidupan mereka.

"Keutamaan saya ialah pendidikan. Itu sebabnya saya amat menggalakkan motivasi pendidikan tidak kiralah UPSR, PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) tanpa mengira kaum.

"Mana ada Anggota Parlimen di Malaysia yang memperuntuk RM500,000 setahun bagi program pendidikan di kawasan ini. Kita ketepikan perbezaan politik agar anak-anak kita berjaya," kata beliau.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hapuskan kemiskinan kaum melalui pendidikan - TPM

Sekianlah artikel Hapuskan kemiskinan kaum melalui pendidikan - TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hapuskan kemiskinan kaum melalui pendidikan - TPM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/hapuskan-kemiskinan-kaum-melalui.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :