Judul : Foto Intim Anis Al Idrus Undang Kritikan
link : Foto Intim Anis Al Idrus Undang Kritikan
Foto Intim Anis Al Idrus Undang Kritikan
Sengaja mencari publisiti atau sebenarnya tidak ambil pusing soal sensitiviti masyarakat?
Itu antara persoalan yang dilontarkan netizen selepas melihat gambar pelakon Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Anis Al Idrus yang memuat naik gambar intim seolah ingin berkucupan bersama suami dilaman Instagramnya, baru-baru ini.
Gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram itu ternyata sekali lagi mencetuskan reaksi negatif peminat. Rata-rata mereka melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon itu.
Foto yang dimuatnaik ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Ada yang merasakan benda biasa, tak kurang juga mengecam gambar tersebut.
Peminatnya beranggapan foto tersebut tidak manis untuk dipertontonkan umum di laman sosial dan adalah lebih elok sekiranya ia disimpan sebagai koleksi peribadi sahaja.
Anis, 29, yang dihubungi bagaimanapun, mempertahankan tindakannya itu kerana beranggapan bahawa aksi sebegitu adalah perkara biasa.
“Secara peribadi, saya rasa gaya sebegitu tidak keterlaluan kerana sebelum ini pun ada selebriti yang memuat naik gambar jauh lebih intim berbanding apa yang saya lakukan. Bagi saya, ia perkara biasa,” jelasnya.
Pasangan yang memilih persalinan sedondon putih untuk majlis itu juga berkata belum sempat memikirkan bulan madu kerana dia masih terikat dengan komitmen kerja yang panjang.
Kedua mempelai ini selamat diijabkabul oleh bapa pelakon tersebut, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus pada 7 Julai lalu di Shah Alam.
The post Foto Intim Anis Al Idrus Undang Kritikan appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Foto Intim Anis Al Idrus Undang Kritikan
Anda sekarang membaca artikel Foto Intim Anis Al Idrus Undang Kritikan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/foto-intim-anis-al-idrus-undang-kritikan.html