Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan

Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan
link : Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan

Baca juga


Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan

SINTOK: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalin kerjasama rapat dengan Angkatan Tentera DiRaja Thailand bagi mengatasi ancaman militan di kedua-dua negara.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata kerjasama itu akan dilaksanakan melalui pertukaran maklumat sepanjang sempadan bersama.

"Malaysia dan Thailand terletak bersempadan, jadi kerjasama memang wujud antara kedua-dua negara terutama dari aspek penyampaian maklumat berkaitan ancaman militan.

"Pertukaran maklumat ini penting bagi membolehkan kita mengatur tindakan yang perlu untuk mengatasi ancaman ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Joint Combined Exercise Thailand-Malaysia (JCEX THAMAL 17) di sini, hari ini.

Perkara itu turut dipersetujui oleh Panglima Angkatan Tentera DiRaja Thailand Jeneral Surapong Suwana-Adth.

Mengulas mengenai JCEX THAMAL 17, Raja Mohamed Affandi berkata latihan selama 10 hari bermula 17 Julai lepas diadakan bagi berkongsi idea untuk mengatasi sebarang bencana yang mungkin berlaku.

"Latihan ini merupakan pendekatan yang baik bagi membolehkan kedua-dua negara berkongsi idea untuk mengatasi sebarang bencana yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

"Contohnya, kalau berlaku kemalangan yang melibatkan feri dari Perlis ke Satun, Thailand, kita sudah ada mekanisme untuk mengatasi bencana tersebut," katanya.

Sementara itu, Surapong berkata latihan itu memberi manfaat kepada kedua-dua negara untuk penambahbaikan sistem ketenteraan yang ada.

"Saya lihat latihan ini sangat berjaya dan banyak perkara yang boleh ditambah baik pada masa hadapan dengan kerjasama yang dijalinkan ini," katanya.

--BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan

Sekianlah artikel Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tentera-malaysia-thailand-jalin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :