Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut

Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut
link : Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut

Baca juga


Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut


Tindakan mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turun padang selepas menerima mesej yang memberitahu tentang viral seorang muallaf di Perlis yamg mahu murtad mendapat pujian netizen.

Dr Mohd Asri yang turut dikenali sebagai Dr. Maza berkongsi di Facebook tentang pertemuan beliau dengan muallaf itu dan ternyata dakwaan muallaf itu ingin murtad tidak benar sama sekali.

"Pagi-pagi hari ini saya menerima mesej dari seorang tokoh memberitahu bahawa telah viral ada muallaf di Perlis nak murtad sebab dalam kesusahan. Kononnya, sampai mahu serah anaknya kepada orang lain. Sebaik sahaja menerima mesej itu saya telah mohon pihak MAIPs siasat segera." tulis Dr. Maza.

Menurut Dr. Maza juga, beliau segera berjumpa dengan muallaf tersebut selepas selesai urusan rasmi di Istana Arau. Turun bersama, CEO MAIP, Ustaz Mohd Nazim Mohd Nor.

Susulan pertemuan itu, Dr. Maza menjelaskan beberapa perkara yang sebetulnya.

"Maka di sini saya ingin jelaskan beberapa perkara;

"Beliau baru pindah ke Perlis beberapa bulan sahaja. Bukan berasal dari Sarawak seperti yang diviralkan tetapi daripada Melaka.

"Beliau diceraikan oleh suaminya dan terpaksa menanggung kehidupan bersama dua anaknya.

"MAIPs telah membantu beliau sejak beberapa bulan lagi. Sehingga kini sudah RM 2000 diberikan. Bantuan pihak MAIPs berterusan sehingga kini.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada memberikan bantuan bulanan. Demikian PERKIM Perlis juga membantu.

"Imam Masjid kampung berkenaan telah memberi tumpang rumah kedai kepunyaannya secara percuma sejak beberapa bulan. Saya kagum dengan budi mulia imam berkenaan.

"Beliau selalu hadir kelas agama PERKIM dan tidak pernah ingin murtad ataupun menyerahkan anak kepada pihak lain seperti yang diviralkan.

"Anaknya yang pertama berusia 8 tahun bersekolah dengan baik.

"Pun begitu, pihak MAIPs merasakan beliau memerlukan rumah yang lebih selesa dan akan mengusahakan.

"Jika sesiapa ingin menghulurkan bantuan, beliau memang dalam kategori asnaf zakat. Silalah berbuat kebajikan.

Dalam pada itu, Dr. Maza juga turut mengucapkan terima kasihkepada pelbagai organisasi di Perlis dan luar Perlis yang tidak putus menghulurkanbantuan.

"Ia merupakan lambang keprihatinan kita semua terhadap saudara muslim kita. Semoga Allah memberi rahmat atas semangat ukhuwwah kita yang ikhlas itu." katanya.

 Sumber: FB Dr. Maza


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut

Sekianlah artikel Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/dapat-tahu-dakwaan-muallaf-ingin-murtad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :