Judul : Bila Dah Bermadu, Adira Tak Harapkan Semuanya Sempurna. Dia Kena Mengalah & Berdikari
link : Bila Dah Bermadu, Adira Tak Harapkan Semuanya Sempurna. Dia Kena Mengalah & Berdikari
Bila Dah Bermadu, Adira Tak Harapkan Semuanya Sempurna. Dia Kena Mengalah & Berdikari
Bila Dah Bermadu, Adira Tak Harapkan Semuanya Sempurna. Dia Kena Mengalah & Berdikari
Penyanyi lagu Ombak Rindu, Siti Adira Suhaimi dilihat ceria dan senang hati berkongsi kegembiraan dirinya memiliki si kecil pengarang jantung, Anggerik yang lahir pada bulan Mac yang lalu. Ini satu pengalaman yang begitu berharga buat Adira, melahirkan bayi secara pembedahan, di hospital swasta di ibu kota, Kuala Lumpur.
Bayi seberat 3.15 kilogram lahir pada pukul 10.08 malam itu, terpaksa dilahirkan secara pembedahan, apabila Adira mengalami tumpah air ketuban ketika berada di rumahnya. Dia kemudiannya dibawa oleh suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, atau Datuk Red ke hospital. Di sebabkan air ketuban berkurangan dan Adira masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan melahirkan secara normal ketika pembukaan jalan sebanyak dua sentimeter. Doktor memberi pilihan untuk Adira melahirkan secara pembedahan.
Jaga hubungan dengan madu
Melayari kehidupan bermadu tidak semua orang menghadapi situasi bahagia dengan madunya. Namun kata Adira dia dan madu tidak ada masalah, mereka bahagia sahaja. Cuma kata Adira mereka lebih kepada menjaga keluarga dan hal masing-masing. Adira dan madunya itu tahu batas dan peranan masing-masing.
“Menjalani kehidupan bermadu, semuanya bergantung kepada suami. Dia yang menjadi pemimpin. Saya ikut apa yang terbaik dibuat oleh ketua keluarga. Selagi kami hormat menghormati kehidupan yang dipilih semuanya akan baik sahaja. Saya pula jenis yang tidak suka bergaduh atau mencari pasal. Lebih baik saya buat hal saya. Bagi saya jika kita menghindari daripada masalah itu lebih baik, hati kita aman dan kita juga tidak ada musuh.
“Suami saya sudah menjalankan tanggungjawab dirinya dengan baik. Memang tidak dinafikan tidak semua orang sempurna, sebagai isteri kitalah yang melengkapkan kekurangan itu. Ketika saya memilih Datuk Red sebagai suami, saya sudah fikir masak-masak dan tahu apa yang bakal saya terima.
“Jadi sebagai isteri yang bermadu saya tidak boleh mengharapkan semuanya sempurna, perlu mengalah dan berdikari. Lebih-lebih lagi Datuk Red seorang yang sibuk, masanya tidak menentu dan sebagai isteri saya tidak boleh mengharapkan dirinya menemani saya sentiasa. Walau ada kalanya kami sudah berjanji untuk meluangkan masa dengan pergi ke sesuatu tempat, ada masanya tidak dapat dipenuhi oleh Datuk Red.
“Saya tidak kecewa, kerana saya tahu beliau seorang yang sibuk. Namun, lambat laun Datuk Red akan penuhi juga permintaan kita apabila ada masa. Mujur juga saya jenis yang tidak suka menghabiskan masa di luar, masa saya banyak dihabiskan di rumah. Ada sahaja perkara yang ingin saya lakukan apabila berada di rumah, kerjanya tidak pernah habis,”ujar Adira yang lebih suka membuat kerja rumahnya sendiri daripada meminta pembantu rumahnya membuat kerja.
Apa yang membahagiakan dirinya dapat meluangkan waktu bersama Datuk Red di rumah. Dia akan masak masakan kegemaran Datuk Red, iaitu masak sambal tidak kisah ikan, daging atau ayam. Ada ketikanya dia akan menemani Datuk Red ketika berurusan kerja. Namun begitu dia cuba mengelak kerana tidak mahu masuk campur dengan apa yang dibuat oleh suaminya itu.
Ketika disoal cara dirinya mengekalkan kebahagiaan rumah tangga, Adira memberitahu dia tidak suka memperbesarkan sesuatu isu. Jika berlaku perselisihan faham, dia lebih suka berdiam diri dan cuba menghiburkan dirinya.
Untuk apa katanya dia melawan cakap jika itu akan memburukkan keadaan. Jika boleh katanya bangun daripada tidur esoknya dia tidak mahu mengingati apa yang berlaku. Setiap hari katanya dia mahu perkara baru berlaku yang tidak menyakitkan dan membahagiakan dirinya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bila Dah Bermadu, Adira Tak Harapkan Semuanya Sempurna. Dia Kena Mengalah & Berdikari
Anda sekarang membaca artikel Bila Dah Bermadu, Adira Tak Harapkan Semuanya Sempurna. Dia Kena Mengalah & Berdikari dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bila-dah-bermadu-adira-tak-harapkan_22.html