Judul : 7 Syarikat Francais Dunia 'Gulung Tikar' Di Malaysia
link : 7 Syarikat Francais Dunia 'Gulung Tikar' Di Malaysia
7 Syarikat Francais Dunia 'Gulung Tikar' Di Malaysia
Faktor kemerosotan nilai ringgit atau pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin telah membuatkan orang ramai lebih berjimat lapor portal itu lagi.
Berikut antara senarai francais yang telah ditutup di negara ini.
1. Restoran Tim Ho Wan dari Hong Kong
Restoran ini terpaksa gulung tikar akibat kemerosotan untungnya pada tahun 2016 di Malaysia namun ia masih meneruskan operasinya di Singapura, Thailand dan Filipina.
Restoran popular menjual dim sum dan memiliki dua cawangan di Malaysia iaitu di pusat beli belah Mid Valley dan 1Utama ini meskipun digelar sebagai "restoran berbintang Michelin termurah di dunia", keuntungannya merosot sebanyak RM895,642 pada tahun lalu.
2. True Fitness dari Singapura
Pusat senaman True Fitness dari Singapura ini masih meneruskan perniagaannya di Taiwan dan China. Laman webnya mendakwa mempunyai keahlian lebih 200 ribu orang.
Bekas pekerjanya mengadu majikan telah gagal membayar komisyen berjumlah RM66,000. Namun isu itu dilaporkan telah selesai.
Pada 9 Jun, pusat kecergasan ini telah mengumumkan penutupan operasi di seluruh negara, sehari selepas menghentikan perniagaannya di Thailand.
Dianggarkan 10 ribu ahli terjejas ekoran penutupan cawangannya di pusat beli belah Jaya 33, Taipan Subang dan Sunway Giza.
3. Tous Les Jours dari Korea Selatan
Pemiliknya CJ Foodvillie mempunyai lebih 1,300 kedai di seluruh dunia termasuk Indonesia, Filipina, Kemboja dan Vietnam.
Di Malaysia, kedai roti yang berilhamkan konsep Perancis ini memiliki empat cawangan sekitar Lembah Klang, Bangsar, Empire Damansara, WOLO Bukit Bintang dan Empire Subang.
Ia secara tiba-tiba mengumumkan penutupan premis dalam tempoh tidak sampai 24 jam melalui laman Facebook, sehingga didakwa mengelirukan pekerja.
Ada yang menyangka ia hanya ditutup sementara selama sebulan, namun sehingga kini ia tidak lagi dibuka.
4. Pumpkin Patch dari New Zealand
Jenama pakaian kanak-kanak ini telah menutup premisnya di Malaysia dalam tahun ini bermula di Mid Valley pada bulan emas dan terakhir di 1Utama dalam bulan Mei.
Syarikat ini didakwa menanggung hutang sebanyak RM250 juta.
5. Delifrance dari Perancis
Syarikat ini dimiliki oleh Grands Moulins de Paris yang memiliki beratus-ratus francais di lebih 20 negara.
Syarikat yang telah mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1990 dengan lebih 20 cawangan kedai roti dan Cafe di seluruh negara ini pada tahun 2013 telah menjenamakan semula syarikatnya sebagai Delifrance Bistro.
Namun ia telah menutup semua operasinya yang menggunakan jenama itu di Malaysia pada tahun lalu.
6. Beg tangan dan aksesori Paris Hilton dari Amerika Syarikat
Jenama milik pewaris Hotel Hilton ini mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2008 tiga premis di Lembah Klang termasuk Pavilliom Kuala Lumpur.
Selepas bintangnya mula malap jenamanya sudah tidak lagi dianggap sebagai barangan mewah dan mula dijual di Parkson dan Sogo.
Laman Facebook rasminya berhenti memuatnaik promosi barangan terkini pada 2014. Namun barangan itu masih boleh didapati di gedung dalam talian Lazada.
7. Bulgogi Brothers dari Korea Selatan
Restoran barbeque ini baru sahaja mengumum kan penutupan operasi di premis terakhirnya di pusat beli-belah Paradigm, Petaling Jaya.
Perniagaan yang sudah bertapak di Malaysia sejak 2012 itu tidak menyatakan sebarang sebab penutupan, namun restoran syarikat itu masih boleh didapati di Seol, Filipina dan Kanada.
BACA INI JUGA: Apa Yang Akan Berlaku Jika Negara Muflis?
sumber: milosuam
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 7 Syarikat Francais Dunia 'Gulung Tikar' Di Malaysia
Anda sekarang membaca artikel 7 Syarikat Francais Dunia 'Gulung Tikar' Di Malaysia dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/7-syarikat-francais-dunia-gulung-tikar.html