6 Individu Bantu Siasatan Isu Radar Tentera – SPRM

6 Individu Bantu Siasatan Isu Radar Tentera – SPRM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 6 Individu Bantu Siasatan Isu Radar Tentera – SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 6 Individu Bantu Siasatan Isu Radar Tentera – SPRM
link : 6 Individu Bantu Siasatan Isu Radar Tentera – SPRM

Baca juga


6 Individu Bantu Siasatan Isu Radar Tentera – SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena dipercayai mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dari Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor baru-baru ini.

Menurut sumber, mereka yang diambil keterangan terdiri daripada Jabatan Polis Bantuan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pegawai kastam yang bertugas di pelabuhan tersebut.

“Kesemua mereka yang berusia antara 37 dan 48 tahun hadir di Pejabat SPRM Johor kira-kira 11 pagi tadi untuk memberi keterangan.

“SPRM juga dalam proses meneliti beberapa dokumen berkaitan yang diperoleh daripada pihak pelabuhan berhubung kejadian tersebut,” kata sumber itu kepada Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

”SPRM kini dalam proses mengenal pasti sekiranya wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kejadian itu.

“Selain itu, SPRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana individu sekiranya mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu ini,” katanya.

Beliau berkata kemungkinan lebih ramai akan dipanggil sekiranya perlu, bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan kontena itu yang tiba dari Australia mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi bernilai jutaan ringgit hilang ketika transit di pelabuhan berkenaan.

Laporan akhbar itu yang memetik sumber berkata, barang terbabit sepatutnya dihantar ke Belanda  melalui negeri ini, namun, ia tidak mempunyai permit yang diperlukan, menyebabkan ia ditahan.

Menurut laporan akhbar itu lagi, semua peralatan ketenteraan yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 6 Individu Bantu Siasatan Isu Radar Tentera – SPRM

Sekianlah artikel 6 Individu Bantu Siasatan Isu Radar Tentera – SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 6 Individu Bantu Siasatan Isu Radar Tentera – SPRM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/6-individu-bantu-siasatan-isu-radar_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :