Judul : Elak Penularan Wabak Penyakit Pasca Banjir
link : Elak Penularan Wabak Penyakit Pasca Banjir
Elak Penularan Wabak Penyakit Pasca Banjir
MELAKA – Orang ramai yang tinggal di kawasan yang berisiko dilanda banjir diminta agar menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan terdedah kepada penularan wabak penyakit berjangkit.
Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata antara penyakit berjangkit yang sering terjadi selepas banjir ialah leptospirosis (kencing tikus), taun, disenteri, keracunan makanan, demam kepialu, hepatitis A dan escherichia coli (E.Coli).
Beliau berkata penyakit tersebut boleh berjangkit menerusi makanan atau minuman yang tercemar sehingga mengakibatkan gejala penyakit seperti muntah, sakit perut, cirit-birit dan demam.
Katanya, mereka yang mengalami simptom penyakit tersebut perlu segera mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran.
“Dalam pada itu, anggota pasukan kesihatan digerakkan untuk memantau kebersihan persekitaran kawasan terbabit sebagai inisiatif memastikan tiada pembiakan vektor pembawa penyakit berjangkit termasuk lipas, lalat, tikus dan nyamuk.
“Kita juga menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti mekanisme terbaik dalam aspek pengurusan sampah, termasuk memastikan kebersihan dewan dan tandas di sekolah yang terjejas akibat banjir,” katanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Elak Penularan Wabak Penyakit Pasca Banjir
Anda sekarang membaca artikel Elak Penularan Wabak Penyakit Pasca Banjir dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/elak-penularan-wabak-penyakit-pasca.html