Judul : ‘Saya pantang tunggu’
link : ‘Saya pantang tunggu’
‘Saya pantang tunggu’
PELAKON dan pengacara, Fikry Ibrahim, 23, kesal dikatakan makin sombong dan lewat ke lokasi penggambaran drama.
Fikri yang juga pengacara Gema Gegar Vaganza (GGV) dan pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella akui sentiasa memastikan dirinya tiba awal di lokasi.
“Saya memang sentiasa pastikan menjaga masa ditetapkan supaya tidak menyusahkan produksi dan pelakon lain. Jika lewat pun tidak lebih 15 minit.
“Jika ada hal lain, saya akan maklumkan terlebih dulu kepada pengurus produksi supaya tiada masalah,” katanya kepada Harian Metro.
Bekas peserta program Lawak Solo ini berkata, setakat ini hanya sekali dia lambat tiba di lokasi tetapi dengan kebenaran produksi.
“Saya pastikan tiba awal di lokasi kerana mahu mengkaji watak. Ini perlu agar saya dapat memberi lakonan seperti dikehendaki pengarah,” katanya.
Kata Fikri, dia tidak suka membuang masa di lokasi dan bertanya kepada produksi jika mereka melengah-lengahkan penggambaran.
“Mungkin pertanyaan saya agak kasar hingga mereka terasa hati. Saya minta maaf. Bagi saya biar penat bekerja tapi bukan penat menunggu,” katanya.
The post ‘Saya pantang tunggu’ appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel ‘Saya pantang tunggu’
Anda sekarang membaca artikel ‘Saya pantang tunggu’ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/saya-pantang-tunggu.html