Judul : ‘Walaupun berjubah, dia tak benci bidang seni’
link : ‘Walaupun berjubah, dia tak benci bidang seni’
‘Walaupun berjubah, dia tak benci bidang seni’
PENGACARA popular, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil turut terkesan dengan pemergian aktor terkenal, Azmil Mustapha.
Malah, selebriti berusia 56 tahun ini turut berkongsi momen manis dengan hero filem Ali Setan itu di laman Instagramnya (IG).
Bukan itu sahaja, bekas pengacara Akademi Fantasia ini turut menganggap Azmil sebagai abang.
“Aku meminati pelakon ini bukan sahaja kerana lakonannya tetapi kerana nyanyiannya. Album solonya aku beli dengan duit yang aku kumpul masa sekolah.
“Nama dia hampir sama dengan nama aku dan bila aku dapat mendekatinya setelah sama-sama terlibat dalam bidang seni, aku lihat dia sebagai seorang abang,” tulisnya.
Pak Nil turut menyifatkan Azmil sebagai seorang yang baik dan berbudi bahasa selain sangat menghormati orang lain.
“Aku pernah cium tangannya ketika bertembung dengannya di KLIA. Masa itu aku nak ke Hollywood. Tutur kata dia lembut sangat.
“Dia pesan jaga diri di Hollywood dan jangan tak balik pula. Walaupun dia dah berjubah, dia tak ada pun tunjuk kebencian pada kerja seni,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang filem Magika ini turut mendoakan kesejahteraan Azmil.
“Hari ini (semalam) abang hensem yang sentiasa tersenyum ini pergi mengadap Illahi selama-lamanya. Tapi sebenarnya dia berhijrah ke alam abadi yang lebih indah di sana.
“Nanti kalau bertemu di sana, aku akan cium tangannya lagi. Abang rehatlah. Al Fatihah buat Haji Azmil Mustapha,” luahnya lagi.
Azmil meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 12.40 tengah hari semalam.
Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun.
The post ‘Walaupun berjubah, dia tak benci bidang seni’ appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel ‘Walaupun berjubah, dia tak benci bidang seni’
Anda sekarang membaca artikel ‘Walaupun berjubah, dia tak benci bidang seni’ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/walaupun-berjubah-dia-tak-benci-bidang.html