Judul : “Maafkan Jika Ada Yang Terasa Hati Lagi” – Nabil
link : “Maafkan Jika Ada Yang Terasa Hati Lagi” – Nabil
“Maafkan Jika Ada Yang Terasa Hati Lagi” – Nabil
Selepas mendapat teguran daripada pihak Astro, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mengaku beliau sudah pun mengurangkan gurauan kasarnya bagi mengelak timbulnya sebarang isu.
Justeru dia berharap tiada lagi mana-mana pihak yang terasa hati dengan gurauannya ketika mengendalikan program Gegar Vaganza (GV) musim terbaru, tahun ini.
“Ya, mereka ada menegur saya. Maafkan saya jika ada yang terasa hati lagi. Tetapi, saya sudah sedaya upaya mengurangkan kata-kata atau gurauan kasar yang mungkin menyakitkan hati mana-mana pihak,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Terdahulu, pada minggu pertama GV musim keempat, cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menyifatkan pengacaraan Nabil agak keterlaluan hingga membataskan percakapan juri untuk memberi komen.
Walaupun tahu Nabil mahupun gandingannya, Jihan Muse tidak berniat apa-apa dalam kata-kata gurauan mereka, namun beliau kurang bersetuju dengan cara terbabit yang dilihat seperti kurang menghormati orang lain.
Netizen turut menggunakan laman sosial untuk menegur lawak dan cara pengacaraan lelaki berkenaan yang dilihat agak kasar serta tidak sesuai untuk program yang ditonton oleh semua peringkat umur.
The post “Maafkan Jika Ada Yang Terasa Hati Lagi” – Nabil appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel “Maafkan Jika Ada Yang Terasa Hati Lagi” – Nabil
Anda sekarang membaca artikel “Maafkan Jika Ada Yang Terasa Hati Lagi” – Nabil dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/maafkan-jika-ada-yang-terasa-hati-lagi.html