Nita Hamzah percaya pada rezeki

Nita Hamzah percaya pada rezeki - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nita Hamzah percaya pada rezeki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nita Hamzah percaya pada rezeki
link : Nita Hamzah percaya pada rezeki

Baca juga


Nita Hamzah percaya pada rezeki

SELEPAS lebih sedekad tidak muncul dengan single baru, Nita Hamzah kini sudah boleh menarik nafas lega apabila Hadirlah Cinta bakal menemui  pencinta muzik tidak lama lagi.

Katanya kepada Sinar Harian, Hadirlah Cinta ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Iman Imran diharap mampu menjadi penanda aras baru untuk dia terus mengatur langkah dalam seni.

“Dalam tempoh 11 tahun, saya tidak punya sebarang lagu baru jadi sudah tentunya single ini cukup istimewa. Hadirlah Cinta dirakam dalam tempoh tiga jam sahaja dan Alhamdulillah proses dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi, Alyah di RedBox Damansara baru-baru ini.

Kongsinya Nita lagi, dia gementar dengan kemunculan single barunya ini.

“Status saya dalam industri ada turun naik dan sudah tentulah saya risau penerimaan peminat. Tapi dalam gementar itu, saya juga teruja,” kata Nita yang kini rancak mempromosikan teasernya di media sosial.

Menurutnya, Hadirlah Cinta turut menampilkan suara pelakon, Nadzmi Adhwa sebagai penampilan khas.

Ditanya sejauh mana keupayaan lagu itu di dalam arus muzik semasa, bekas naib juara Malaysia Idol 2005 ini tidak boleh memberi jawapan konkrit, memandangkan soal tersebut sesuatu yang di luar jangkaannya.

“Tidak ada jawapan kukuh untuk itu. Apa pun, saya percaya pada rezeki. Kalau kita terus berusaha, Insya-ALLAH akan ada jalannya nanti. Saya berada dalam industri kerana minat. Bohonglah kalau tidak pernah rasa putus asa.

“Namun, saya cuba kuatkan semangat dan syukur rakan-rakan juga banyak beri dorongan agar terus memberi yang terbaik dalam seni. Semoga Hadirlah Cinta ini mendapat maklum balas positif,” akhiri Nita.

The post Nita Hamzah percaya pada rezeki appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nita Hamzah percaya pada rezeki

Sekianlah artikel Nita Hamzah percaya pada rezeki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nita Hamzah percaya pada rezeki dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/nita-hamzah-percaya-pada-rezeki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :