Kepala parah dan jari hampir putus ditetak anak sendiri

Kepala parah dan jari hampir putus ditetak anak sendiri - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kepala parah dan jari hampir putus ditetak anak sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kepala parah dan jari hampir putus ditetak anak sendiri
link : Kepala parah dan jari hampir putus ditetak anak sendiri

Baca juga


Kepala parah dan jari hampir putus ditetak anak sendiri

1.png

KELANTAN – Seorang wanita warga emas cedera parah di kepala dan hampir putus jari telunjuk kiri selepas ditetak oleh anak lelakinya dengan parang, semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari di kediaman mereka di Kampung Lembaga, Gua Musang, semalam, mangsa, Che Jah Hussin, 65, dikejarkan ke Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut dan menerima lapan jahitan di kepala.

Menurut anak perempuannya, Nor Hazierah Awang, 26, berkata, sebelum kejadian itu, mereka sekeluarga sedang berehat di rumah. Namun secara tiba-tiba abangnya yang berusia 29 tahun itu datang menghampiri ibunya lalu terus menetak kepala.

“Abang tetak kepala ibu dua kali dengan parang. Tetakan kedua menyebabkan jari telunjuk ibu hampir putus kerana cuba menghalangnya.

“Saya sempat menarik ibu yang dalam keadaan berlumuran darah keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Nor Hazierah berkata, dia menyedari abangnya itu berubah sikap sejak empat hari yang lalu dan bercakap seorang diri.

“Sejak beberapa hari lalu, dia menunjukkan perangai pelik apabila tidak menjawab pertanyaan, ketawa tiba-tiba dan bercakap seorang diri.

“Sebelum ini dia tidak pernah berkelakuan seperti itu walaupun seorang pendiam,” katanya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Suspek yang juga anak mangsa telah ditahan dan ujian air kencing mendapati, suspek positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Sumber: thereporter


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kepala parah dan jari hampir putus ditetak anak sendiri

Sekianlah artikel Kepala parah dan jari hampir putus ditetak anak sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kepala parah dan jari hampir putus ditetak anak sendiri dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kepala-parah-dan-jari-hampir-putus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :