Ini reaksi Ustaz Kazim selepas bertemu Iqram…

Ini reaksi Ustaz Kazim selepas bertemu Iqram… - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini reaksi Ustaz Kazim selepas bertemu Iqram…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini reaksi Ustaz Kazim selepas bertemu Iqram…
link : Ini reaksi Ustaz Kazim selepas bertemu Iqram…

Baca juga


Ini reaksi Ustaz Kazim selepas bertemu Iqram…

PENDAKWAH terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengakui menerima kunjungan daripada pelakon Iqram Dinzly di pejabatnya di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Ipoh, semalam.

Dalam pertemuan itu, Mohd Kazim yang juga merupakan pengetua pusat berkenaan, mendedahkan bahawa perjumpaan antara mereka berlangsung dalam keadaan harmonis.

“Menerima kunjungan Iqram, sudah lama tak jumpa dia, syukur dia sihat, ok sangat…lama jugak borak dengan dia tadi. Halus pemikiran dia,” katanya yang dipetik menerusi perkongsian di Facebooknya.

Nama Iqram disebut ramai pihak sebelum ini selepas perilaku aneh beliau menjadi tular sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Perubahan sikapnya itu, turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menjawab kepada perubahan dirinya Iqram  mengakui bahawa perilakunya yang kini tular dan menjadi buah mulut netizen hanyalah sekadar untuk menarik perhatian

Dalam pada itu, ujarnya dalam pertemuan itu juga beliau sempat menyampaikan pesanan kepada Iqram.

“Saya sampaikan juga nasihat kepada dia,” katanya.

Selain Iqram dalam kunjungan itu turut bersama mereka pelakon Johan As’ari.

“Empat bulan lepas saya ajak dia (Johan) ke Al-barakah hari ini dia datang dengan sahabat yang lain,” katanya.

Jelas Kazim beliau gembira dapat bertemu mereka semua.

“Ceria dan sejuk memandang mereka. Insya-ALLAH, Johan akan belajar di Al-barakah begitu juga dengan Iqram cuma, dia perlu menemani ibunya yang masih dalam edah. Tahniah Iqram dan Johan.. saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat,” katanya.

The post Ini reaksi Ustaz Kazim selepas bertemu Iqram… appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ini reaksi Ustaz Kazim selepas bertemu Iqram…

Sekianlah artikel Ini reaksi Ustaz Kazim selepas bertemu Iqram… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini reaksi Ustaz Kazim selepas bertemu Iqram… dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/ini-reaksi-ustaz-kazim-selepas-bertemu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :