Lembaga Pengarah 1MDB Uruskan Bayaran Kepada IPIC

Lembaga Pengarah 1MDB Uruskan Bayaran Kepada IPIC - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lembaga Pengarah 1MDB Uruskan Bayaran Kepada IPIC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lembaga Pengarah 1MDB Uruskan Bayaran Kepada IPIC
link : Lembaga Pengarah 1MDB Uruskan Bayaran Kepada IPIC

Baca juga


Lembaga Pengarah 1MDB Uruskan Bayaran Kepada IPIC

PUTRAJAYA – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menguruskan pembayaran kepada International Petroleum Investment Co (IPIC), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, pembayaran itu, yang dijadualkan pada 31 Julai, 2017, diuruskan di peringkat lembaga pengarah 1MDB.

“Biarlah mereka selesaikan masalah ini, ia adalah soal syarikat. Jika mereka kata mereka akan mampu membayarnya, biarlah kita tunggu mereka bayar,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikanMesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018 di sini, hari ini.

Mengenai sama ada dana awam akan digunakan sekiranya 1MDB mahu mendapatkan bantuan kerajaan, beliau berkata, pihak 1MDB tidak berjumpa dengan Menteri Kewangan.

“Anda tidak akan membantu mana-mana pihak jika mereka tidak bertemu dengan anda. Ini sewajarnya tidak menjadi isu ketika ini kerana ia diiuruskan oleh peringkat lembaga pengarah,” katanya.

Dalam kenyataan semalam, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, ia telah memaklumkan secara bertulis kepada syarikat Abu Dhabi, IPIC, mengenai pembayaran yang dijadualkan pada 31 Julai, 2017 yang sebaliknya akan dibuat pada Ogos 2017 kerana masih menunggu dana sewajarnya.

1MDB berkata kesemua bayaran kepada pihak IPIC itu akan menggunakan hasil yang dikumpul menerusi pelan rasionalisasi 1MDB.

Laporan sebelum ini menyatakan 1MDB diberi tambahan lima hari bekerja untuk menyelesaikan pembayaran itu, yang merupakan sebahagian penyelesaian membabitkan pertikaian hutang, berjumlah US$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion). – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lembaga Pengarah 1MDB Uruskan Bayaran Kepada IPIC

Sekianlah artikel Lembaga Pengarah 1MDB Uruskan Bayaran Kepada IPIC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lembaga Pengarah 1MDB Uruskan Bayaran Kepada IPIC dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/lembaga-pengarah-1mdb-uruskan-bayaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :