Adik Achey Bocey sertai pertandingan Gegar Lawak

Adik Achey Bocey sertai pertandingan Gegar Lawak - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adik Achey Bocey sertai pertandingan Gegar Lawak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adik Achey Bocey sertai pertandingan Gegar Lawak
link : Adik Achey Bocey sertai pertandingan Gegar Lawak

Baca juga


Adik Achey Bocey sertai pertandingan Gegar Lawak

TIDAK mahu populariti abangnya mempengaruhi perjalanannya sebagai salah seorang peserta Gegar Lawak, Tasha atau Nor Natasha Hamzah, 25,  berharap agar dia diberi peluang untuk berdiri dengan bakatnya sendiri.

Tasha yang merupakan adik kepada pelawak terkenal, Achey Bocey tersenarai sebagai salah seorang daripada 14 peserta yang bakal beraksi dalam program lawak terbaru terbitan Astro ini.

“Sebelum ini saya sudah banyak kali menyertai sesi uji bakat dalam pelbagai bidang termasuk nyanyian dan lakonan, tetapi nasib belum menyebelahi.

“Namun tak sangka pula percubaan saya untuk menyertai program lawak diterima untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

“Apa pun ia tiada kaitan dengan abang saya kerana sepanjang terlibat dengan proses uji bakat, saya tidak pernah mendedahkan hubungan kami kepada sesiapa kerana mahu orang menilai bakat saya tanpa dipengaruhi nama abang saya,” jelas Tasha kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, kata Tasha, Achey juga awal-awal lagi telah memberi peringatan kepadanya agar berusaha sendiri untuk mengetengahkan bakatnya, tanpa dibayangi sesiapa.

“Abang saya seorang yang cukup tegas. Walaupun dia menyokong penglibatan dalam program ini, namun dia tidak saya melalui jalan yang mudah.

“Dia ada membantu saya dalam memberikan panduan dan nasihat berdasarkan pengalamannya, tetapi awal-awal lagi dia dah beritahu takkan bantu saya buat content kerana mahu saya berdikari.

“Jadi saya harap orang ramai memberikan peluang kepada saya untuk membuktikan bakat sendiri dan bukan kerana saya merupakan adik kepada Achey, “ tegas Tasha ketika di temui di majlis Sidang Media Program Gegar Lawak yang berlangsung petang Isnin.

Gegar Lawak yang bakal bersiaran pada 19 Januari ini, menampilkan Kamal Adli dan Fad Bocey sebagai pengacara.

Sementara itu, program berlangsung selama lapan minggu ini juga turut menampilkan Tauke, Dzawin, Ali Puteh dan Nizam Jentik-Jentik sebagai rakan komedi, sekali gus bertindak sebagai penasihat kepada peserta.

The post Adik Achey Bocey sertai pertandingan Gegar Lawak appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Adik Achey Bocey sertai pertandingan Gegar Lawak

Sekianlah artikel Adik Achey Bocey sertai pertandingan Gegar Lawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adik Achey Bocey sertai pertandingan Gegar Lawak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/adik-achey-bocey-sertai-pertandingan.html

Subscribe to receive free email updates: