Judul : Kajol ‘belanja’ gambar bersama Rosmah Mansor
link : Kajol ‘belanja’ gambar bersama Rosmah Mansor
Kajol ‘belanja’ gambar bersama Rosmah Mansor
Kunjungan heroin Kuch Kuch Hota Hai ke Malaysia bukan sahaja membuatkan peminat filem Bollywood di negara ini teruja, namun sekeping gambar terbaru yang dikongsikan Kajol Mukherjee di Instagram turut mencuri tumpuan peminat.
Nampaknya, primadona itu tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersama isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur sempena lawatannya itu.
“Satu lagi untuk kelab wanita…bersama wanita pertama Malaysia Datin Paduka Rosmah Mansor (sic),” tulisnya pada posting berkenaan.
Setakat ini, gambar tersebut sudah menerima 53,240 tanda suka dan lebih 861 komen daripada peminat di seluruh dunia.
Rata-rata peminat mengalu-alukan kehadiran pelakon yang berusia 43 tahun itu ke Malaysia yang hadir bagi mempromosi filem baharu lakonannya, Velaiilla Pattadhari 2 atau VIP2.
Sumber: Mstar
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kajol ‘belanja’ gambar bersama Rosmah Mansor
Anda sekarang membaca artikel Kajol ‘belanja’ gambar bersama Rosmah Mansor dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kajol-belanja-gambar-bersama-rosmah.html